Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Hamil, Menyusu Anak Tak...

DIRINYA kini sarat mengandung tujuh bulan dan masih lagi menyusukan anak yang berusia...

SPRM Kelantan Tahan 2...

KOTA BHARU - Seorang pengurus syarikat swasta berusia 49 tahun dan rakannya berusia...

Biadap, Lelaki Israel Kritik...

TINDAKAN seorang lelaki Israel membuat kenyataan provokasi di laman sosial berhubung kedaulatan undang-undang negara Malaysia,...

Najib Doakan Kejayaan Pelajar...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengucapkan selamat maju jaya...

Penubuhan GHB Tak Jejaskan Sokongan Kepada PAS

BUKIT MERTAJAM – Penubuhan parti Gerakan Harapan Baru (GHB) sudah dalam jangkaan dan tidak akan menjejaskan sokongan terhadap PAS, kata Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi.

Beliau berkata keputusan 18 pemimpin PAS keluar parti dan menubuhkan GHB tidak akan menjejaskan parti itu kerana sejak tahun 1980-an, PAS sudah beberapa kali berhadapan dengan perkara itu namun sehingga kini, ia kekal relevan dalam landskap politik negara.

“Saya tidak nafikan, ada dua tiga orang yang keluar itu memang memberi kesan kerana sudah lama dalam parti. Kita harus ingat yang patah akan tumbuh dan yang hilang akan berganti, jadi saya yakin PAS masih lagi malar hijau dalam landskap politik masa kini,” katanya selepas majlis pertemuan dengan anggota PAS negeri di sini hari ini.

Nasrudin berkata penubuhan parti baharu itu sudah dijangka sejak awal lagi iaitu kira-kira dua bulan sebelum berlangsungnya pemilihan parti pada Jun lepas. – BERNAMA

https://youtu.be/jxZxwqrJPlw

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori