Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Selangor Tak Wajar Sulitkan...

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor diminta tidak mengenakan syarat-syarat tertentu terhadap projek Kerajaan...

Usul Terhadap Najib Ada...

KUALA LUMPUR ā€“ Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membidas usul yang...

Jasa, Pengorbanan Jururawat Dihargai

KOTA KINABALU - Jasa dan pengorbanan jururawat yang bertugas di institusi-institusi Jabatan Perkhidmatan...

Book writing software programs...

When composing your analytical article it can help you to truly invigorate your...

Penuntut UiTM Diberi Amaran Jangan Terlibat Bersih 4.0

SHAH ALAM – Penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang terlibat dengan perhimpunan Bersih 4.0 hujung minggu ini akan berdepan dengan tindakan tatatertib.

Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Prof Sahol Hamid Abu Bakar ketika memberikan amaran itu berkata setiap penuntut tertakluk kepada undang-undang universiti dan mereka akan dikenakan tindakan mengikut peraturan sedia ada.

Sahol Hamid turut menasihatkan semua penuntut UiTM supaya tidak melibatkan diri dengan mana-mana aktiviti yang diharamkan kerajaan, sebaliknya fokus dengan pengajian mereka.

“Jika ada mana-mana penuntut UiTM dibuktikan terlibat dengan perhimpunan (yang polis klasifikasikan) haram itu, mereka boleh diambil tindakan sehingga digantung pengajian mengikut tahap kesalahan.

“Golongan ini hanya memburukkan nama universiti sedangkan mereka sebenarnya terikut-ikut dengan maklumat yang diterima tanpa usul periksa dan membuat andaian sendiri menggunakan ilmu pengetahuan yang cetek,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Sahol Hamid, penuntut tidak dihalang menyuarakan sebarang pandangan atau pendapat namun perlu dibuat menerusi kaedah yang betul dan bukan secara jalanan sehingga membelakangkan undang-undang yang ditetapkan.


Katanya, tindakan pihak tidak bertanggungjawab mengajak mahasiswa menyertai demonstrasi tersebut adalah tidak wajar kerana ia memberi kesan buruk kepada masa depan penuntut itu sedangkan mereka berada pada landasan yang betul untuk berjaya.

Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Mat Isa dilaporkan berkata penganjur perhimpunan itu tidak mendapatkan kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selaku pemilik Dataran Merdeka.

Menurutnya, kegagalan mendapatkan kebenaran juga menyebabkan perhimpunan itu dianggap haram kerana penganjur serta peserta melanggar syarat Akta Perhimpunan Aman 2012. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori