Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tebusan Sydney: 3 Terbunuh...

SYDNEY - Dua tebusan dan seorang lelaki bersenjata kelahiran Iran terbunuh apabila polis...

Gelombang Ketiga Landa Indonesia,...

JAKARTA: Kes baharu positif Covid-19 di Indonesia melonjak kepada 16,021 hari ini dengan...

2 Nelayan Thai Bersyukur...

PASIR PUTEH - Dua nelayan Thai yang terselamat selepas bot mereka dirempuh sebuah...

Banyak Permohonan Jadi Anggota...

TEMERLOH - Parti Amanah Negara (PAN) menerima banyak permohonan menjadi anggota dan membuka...

Perak Sasar 5.5 Juta Pelancong Tahun Ini ‎

IPOH – Kerajaan Negeri Perak menyasarkan seramai 5.5 juta pelancong mengunjungi negeri ini tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Multimedia dan Komunikasi negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.

Untuk itu, katanya kerajaan negeri merancang pelbagai acara antarabangsa dan kebangsaan yang hebahannya dibuat secara berterusan.

Beliau berkata di peringkat antarabangsa, acara seperti EkoPelancongan Antarabangsa, Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor, Larian Pramusaji Antarabangsa Ipoh serta Dialog Pembangunan Antarabangsa Pangkor diadakan.

“Di peringkat kebangsaan pula, sambutan ulang tahun Lembah Lenggong, Magic of the Night, Pesta Laut Pangkor juga diadakan,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Perak, hari ini.

Beliau menjawab soalan Husin Din (Pas-Selinsing) mengenai sasaran kehadiran pelancong dalam enam bulan pertama tahun ini di Perak.


Nolee Ashilin berkata, hebahan dan pelaksanaan promosi giat diadakan di pelbagai acara termasuk Pameran Persatuan Ejen ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia) di Perak, Melaka dan Kuala Lumpur, Jelajah Perak di Kelantan dan Pulau Pinang, Pameran Pelancongan Johor dan Agrofest Perak.

Hebahan dan promosi di media cetak, elektronik dan media sosial juga diteruskan termasuk menerusi Perubuhan Berita Nasional Malaysia, cetakan khas di Pos Malaysia serta majalah-majalah pelancongan, katanya

Pada 2014, Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan Perak menerima pelancong domestik tertinggi di Malaysia iaitu 7 juta pengunjung.

“Berdasarkan ranking, kedudukan di antara semua negeri dan jumlah pelancong domestik sebanyak 6.02 juta mengekalkan Perak di kedudukan pertama sebagai penerima pelancong domestik teramai,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori