Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Makam Purba 4,400 Tahun...

KAHERAH - Sekumpulan ahli arkeologi Mesir menemui makam milik seorang pendeta yang dianggarkan...

Stesen Radio Didakwa Hina...

KUALA LUMPUR - Satu laporan polis dibuat oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO)...

Hukuman Penjara Bekas Broker...

Putrajaya : Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara lima tahun dan denda...

Kenapa Kami Kata Raya...

JIKA ingin melangsungkan perkahwinan, merisik merupakan salah satu adat yang masih diamalkan oleh...

Perdana Menteri Hadiri Majlis Rumah Terbuka Petronas

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Petroliam Nasional Berhad atau Petronas di Hotel Grand Hyatt, di sini, hari ini.

Beliau menghabiskan masa kira-kira sejam untuk beramah mesra dengan lebih 3,000 pengunjung yang merangkumi barisan rakan niaga Petronas serta alumni Universiti Teknologi Petronas.

Perdana Menteri ditemani Pengerusi Petronas Tan Sri Sidek Hassan serta Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin dan Ketua Pegawai Kewangan, Datuk George Ratilal.

Najib juga sempat melayan permintaan ramai tetamu yang enggan melepaskan kesempatan untuk bergambar dengannya pada majlis berkenaan.


Selain hidangan juadah yang menyelerakan, para tetamu turut dihiburkan dengan alunan muzik selain kemudahan ruang khas bergambar.

Majlis bermula 11 pagi sehingga 5 petang itu bukan sekadar meraikan kehadiran Syawal, malah bertujuan merapatkan hubungan Petronas dengan kalangan hadirin. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori