Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Covid-19: 147 Lari Dari...

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan seramai 147 individu yang dikuarantin berkaitan jangkitan Covid-19,...

Perancis Mahu Denda, Penjara...

PARIS – Setelah berjaya dilaksanakan di Israel, Sepanyol dan Itali, kini tiba giliran...

Guru Besar Gred DG52...

TANJUNG MALIM : Guru besar yang bertugas pentadbir sekolah yang menyandang gred DG52...

Hutan Simpan Kekal Bukit...

TAIPING - Kira-kira lima hektar kawasan di dalam Hutan Simpan Kekal Bukit Larut,...

Perhimpunan Bersih 4.0 Dibenarkan Dengan Bersyarat

KUALA LUMPUR – ‘Perhimpunan Bersih 4.0’ yang dijangka diadakan di beberapa lokasi seluruh negara 29 Ogos ini, dibenarkan selagi ia tidak mengganggu ketenteraman awam, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Noor Rashid berkata ia bagaimanapun perlu dibuat mengikut lunas undang-undang sedia ada dan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Sekiranya perhimpunan itu didapati mendatangkan gangguan kepada masyarakat, mengganggu lalu lintas atau diadakan dengan sengaja atas tujuan tertentu seperti menghasut orang ramai untuk jatuhkan kerajaan, kita akan bertindak,” katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Pemandu Berhemah Sempena Op Selamat 7/2015 di sini, Rabu.

Akta Perhimpunan Aman 2012 antaranya memperuntukkan bahawa penganjur perlu memberi notis penganjuran kepada polis selewat-lewatnya 10 hari sebelum acara, yang mana denda sebanyak RM10,000 akan dikenakan sekiranya gagal berbuat demikian.


Di bawah akta itu, perhimpunan dilarang diadakan dalam linkungan 50 meter dari tempat ibadat, stesen janakuasa elektrik, stesen minyak, terminal pengangkutan, tadika dan juga sekolah. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori