BANGI – Peringkat saringan Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2015 (PABM 2015) yang berlangsung hari ini dimeriahkan dengan pelbagai gaya pakaian menarik yang dikenakan oleh peserta antarabangsa.
Kebanyakan mereka mengambil peluang menggayakan persalinan kebangsaan negara masing-masing ketika menyampaikan teks ucapan pidato di hadapan lima juri yang bertugas.
Peserta Teruja Dalami Budaya Dan Susur Galur Masyarakat Melayu
Antara peserta yang tampil dengan pakaian negara mereka ialah Anastasia Wessel dari Jerman, Gagliardi Noemi (Itali), Shehabaddin Galal Hael Ghilan (Yemen), Mariam Coulibaly (Mali) dan Eiko Akazawa.
Peserta dari tiga kategori iaitu kategori Antarabangsa, Alam Melayu dan Pelajar Antarabangsa Menuntut di Malaysia (PAM) menghadapi peringkat saringan yang mana mereka perlu berpidato selama lima minit.
Mereka diberi kebebasan memilih 10 tema tajuk yang telah ditetapkan penganjur antaranya, Peranan Mahasiswa, Keamanan Dunia, Pemeliharaan dan Pemulihan Alam Sekitar, Pembangunan Ekonomi, Kepelbagaian Budaya, Kepentingan Pendidikan, Kerjasama Antara Negara, Kepentingan Bahasa, Perpaduan dan Komuniti ASEAN 2015.
71 Peserta PABM Dirai Isteri Perdana Menteri Di Seri Perdana
Daripada 40 peserta kategori Antarabangsa, hanya 20 yang akan terpilih untuk ke peringkat suku akhir, manakala 21 peserta PAM dan 10 peserta Alam Melayu akan terus melangkah ke peringkat separuh akhir yang akan diadakan Khamis ini.
Keputusan peringkat saringan akan diumumkan pada jam 5 petang ini. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=XvC8VrvkrTw
https://www.youtube.com/watch?v=l7X3kDxBMmw
Oleh:  JULIANA JOHAR
Foto:  RIZA RAZAK