Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Switzerland Sahkan Najib Bukan...

GENEVA - Pejabat Peguam Negara Switzerland menjelaskan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak...

Pemimpin GPS Selesai Menghadap...

KUCHING - Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg mengemukakan tiga faktor...

Peluru Sesat: Bapa Ambil...

ALOR SETAR - Bapa kepada pelajar yang cedera akibat terkena peluru penabur sesat...

TG Haron Din Selamat...

KUALA LUMPUR - Jenazah Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din selamat dikebumikan...

Perintah Berkurung Di Esszone Dilanjutkan Sehingga 21 Ogos

KOTA KINABALU – Fasa ke-24 perintah berkurung di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir esok, dilanjutkan bermula 6 hingga 21 Ogos, berkuat kuasa dari pukul 7 malam hingga 5 pagi.

Pelaksanaannya melibatkan jarak tiga batu nautika dari pantai perairan enam daerah merangkumi Sandakan, Kinabatangan, Semporna, Lahad Datu, Kunak, dan Tawau.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata keputusan melanjutkan perintah berkurung itu dijalankan selepas mengambil kira situasi keselamatan di kawasan berkenaan serta atas permintaan banyak pihak.

Beliau berkata keputusan itu dibuat berdasarkan pendedahan maklumat mengenai ancaman daripada ‘Kidnapping For Ransom’ (KFR) dan kumpulan Abu Sayyaf yang masih cuba menceroboh, sekaligus melakukan jenayah rentas sempadan termasuk menculik serta samun bersenjata.

“Ini bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan pengguna perairan pantai timur, pelancong serta rakyat Sabah di daratan Esszone,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Beliau berkata lanjutan perintah berkurung itu juga bagi memudahkan anggota keselamatan melaksanakan penguatkuasaan, termasuk memantau segala pergerakan bot yang mencurigakan serta menyekat aktiviti penyeludupan manusia, dadah dan senjata api.

Menurut Jalaluddin, pengusaha chalet dan masyarakat yang menjalankan aktiviti perikanan di situ turut menyokong lanjutan perintah berkurung demi menjamin keselamatan perairan termasuk di pulau persempadanan.

Beliau berkata kuasa diberi kepada semua Ketua Polis Daerah di Esszone untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon bagi tujuan aktiviti perikanan atau bagi laluan yang mendesak. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori