Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Najib Mahu ASEAN+3 Lihat...

MANILA - Malaysia mahu negara-negara ASEAN menyediakan satu pelan tindakan bagi mendepani gelombang...

Lelaki Serang, Tikam Polis...

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes seorang pegawai...

Noh Omar Dianugerahi Pangkat...

PUTRAJAYA - Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar...

Bas Perantara MRT Laksana...

RAPID Bus Sdn. Bhd., pengendali perkhidmatan bas Rapid KL, akan melaksanakan sistem pembayaran...

Perintah Berkurung Di Perairan ESSZone Dilanjut Hingga 6 Sept

KOTA KINABALU – Perintah berkurung di kawasan perairan pantai timur Sabah, melibatkan enam daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone), dilanjutkan bagi fasa ke-26 bermula semalam hingga 6 Sept dari 7 malam hingga 5 pagi.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata perintah berkurung dari jarak tiga batu nautika dari pantai itu dilanjutkan kerana kawasan berkenaan masih diancam penjenayah rentas sempadan seperti penculikan untuk tebusan dan kumpulan Abu Sayyaf untuk melakukan jenayah.

“(Pelanjutan perintah berkurung ini juga untuk) menjamin keselamatan dan kesejahteraan pengguna perairan seperti pelancong dan rakyat Sabah di dataran ESSZone,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Jalaluddin perintah berkurung berkenaan juga dilanjutkan bagi memudahkan penguatkuasaan, memudahkan memantau segala pergerakan bot yang cuba menceroboh untuk melakukan jenayah rentas sempadan selain menyekat aktiviti penyeludupan manusia, dadah dan senjata api.

Katanya pihak keselamatan juga memutuskan untuk melanjutkan perintah berkurung berkenaan kerana ia mendapat kerjasama daripada pengusaha chalet dan masyarakat yang terlibat dalam aktiviti perikanan bagi menjamin keselamatan perairan serta pulau-pulau di kawasan sempadan.


Jalaluddin berkata kuasa telah diberi kepada semua ketua polis daerah ESSZone untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon bagi tujuan aktiviti perikanan atau lain-lain aktiviti laluan mendesak. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=lqgekVW8XTM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori