Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Masih Di Hospital, Tapi...

LOUISVILLE - Keadaan legenda juara tinju dunia, Muhammad Ali semakin baik sejak dimasukkan...

Antara Perkara Asas Pemakaian...

Bercadang untuk memakai pendakap gigi untuk kelihatan lebih berkeyakinan? Kami kongsikan beberapa perkara...

Mohamed Apandi Tuntut Ganti...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah menghantar surat tuntutan kepada...

Terbantut Sambut Birthday Di...

HAJAT Rozita Che Wan untuk meraikan sambutan ulang tahun kedua kelahiran anak perempuannya,...

Persediaan Hari Kebangsaan Di Dataran Merdeka Lancar

KUALA LUMPUR – Persediaan sempena sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka tahun ini berjalan lancar dan hampir selesai.

Tinjauan Bernama hari ini mendapati kerja-kerja teknikal kelihatan hampir siap dengan pemasangan kerusi teres bertingkat dan pentas persembahan.

Penolong Jurutera Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang bertanggungjawab atas persiapan ini, Hendra Hizad Abd Hamid berkata 80 peratus aspek teknikal sudah berjaya disiapkan termasuk pemasangan lebih 3,000 kerusi teres bertingkat dan skrin LED berukuran 108 meter panjang dan sembilan meter tinggi.

Katanya, skrin LED itu adalah yang terpanjang dan terbesar pernah digunakan dalam mana-mana sambutan dalam negara.

“Dua puluh peratus lagi hanyalah melibatkan kerja persiapan terakhir seperti pemasangan kanvas dan karpet yang akan dilakukan sehari sebelum Hari Kebangsaan bermula,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Persediaan menyambut peristiwa keramat negara itu adalah hasil kerjasama Jabatan Perdana Menteri, DBKL, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), serta Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN).

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pengembangan Seni Budaya JKKN, Rosli Osman berkata terdapat kelainan yang lebih menarik bakal ditonjolkan dalam sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.

“Antara kelainan itu adalah persembahan formasi yang lebih bertenaga dan bakal menarik perhatian penonton yang hadir,” katanya.

Rosli berkata, buat julung kalinya, pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menghiburkan penonton dengan membuat persembahan padang dalam acara pancaragam dinamakan ‘Rentak Sederap Gabungan ATM’ yang menampilkan seramai 900 anggota.


Katanya, sambutan itu juga bakal dimeriahkan oleh lebih 8,000 peserta daripada pelbagai agensi kerajaan mahupun swasta yang terlibat dalam acara seperti perbarisan, kawad irama dan demonstrasi anti-pengganas.

Menurut Rosli lagi, latihan persembahan bagi sambutan ini telah pun bermula seawal enam pagi semalam dan raptai penuh akan diadakan pada Sabtu ini.

Dalam pada itu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Seri Petaling, Kelly Lim, 16, berkata beliau bangun seawal 5 pagi semata-mata mahu menjayakan persembahan pada hari bersejarah nanti.

“Saya dan rakan-rakan sudah membuat persiapan selama sebulan dan berasa sangat teruja untuk beraksi di hadapan orang ramai di samping dapat menyambut Hari Kebangsaan bersama rakyat Malaysia yang lain,” katanya.

Kelly Lim adalah antara 2,640 pelajar sekolah dari sekitar Wilayah Persekutuan dan Selangor yang akan terlibat dalam persembahan padang.

Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini menampilkan tema ‘#sehatisejiwa’. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori