MOSCOW – Gila dan sakit otak. Itu gambaran bagi sekumpulan komuniti dalam talian di Rusia dikenali sebagai VK yang menawarkan hadiah wang tunai dalam pertandingan `berselfie dengan orang mati’.
Salah seorang pemenang adalah seorang individu yang berjaya ‘selfie’ dengan mayat seorang gadis muda berusia 13 tahun yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, lapor media tempatan.
Dia berjaya mendapat hadiah lumayan wang tunai sebanyak £50 (kira-kira RM320).
Pihak berkuasa Rusia kini menjalankan siasatan untuk mengetahui siapakah dalang penganjuran pertandingan yang begitu meloyakan itu.
Komuniti berkenaan kini mempunyai 500 ahli meskipun `admin’ VK adalah Alfred Polyakov yang telah disekat kerana disyaki melakukan aktiviti mencurigakan.
Polyakov mewujudkan komuniti itu sebulan yang lalu dan menyifatkan pertandingan itu sebagai tanggapan ramai mengenai kematian. – MYNEWSHUB.CC