Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Dikecam Biar Anak Kencing...

HO CHI MINH CITY – Penyanyi pop terkenal Vietnam, Le Quyen, menerima kecaman...

Pramugari MAB ‘Bahasakan’ Calon...

RUNGUTAN calon sesi temuduga syarikat penerbangan patuh syariah Rayani Air yang mencapai status viral di...

“Berani Kahwin, Berani Daftar,...

KUALA LUMPUR - Perkahwinan yang tidak didaftarkan menjadi punca utama kepada isu kanak-kanak...

SPR Tolak Campurtangan Pihak...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah badan yang dilantik di bawah Perlembagaan...

Pertukaran 2 Pengarah SPRM Ke JPM Dibatalkan, Kembali Bertugas

DUA pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum ini, telah kembali ke jawatan asal masing-masing berkuat kuasa hari ini setelah arahan tersebut dibatalkan.

Pembatalan pertukaran Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik, Datuk Rohaizad Yaakob itu disahkan sendiri oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan akhbar.

Pertukaran 2 Pegawai SPRM Ke JPM Tiada Kaitan Dengan PDRM

Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik, Datuk Rohaizad Yaakob
Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik, Datuk Rohaizad Yaakob

Dalam kenyataan sama, beliau turut menyatakan bahawa keputusan tersebut diambil setelah pertemuan diadakan dengan kedua-dua pengarah berkenaan, baru-baru ini.

Dalam pertemuan yang turut dihadiri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam itu, kedua-dua mereka telah memberikan penjelasan tentang tindakan mengeluarkan kenyataan kepada media.

“Susulan dengan penjelasan tersebut, saya telah membuat keputusan membatalkan pertukaran kedua-dua pegawai ke JPM dan kembali ke jawatan masing-masing di SPRM berkuatkuasa pada 10 Ogos 2015.”


Pada Jumaat lalu, kedua-dua mereka telah ditukarkan ke JPM berkuatkuasa serta-merta dan arahan tersebut dipercayai berkaitan dengan siasatan polis terhadap pegawai-pegawai SPRM mengenai kebocoran maklumat. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Tukar Pegawai SPRM Punca Kejatuhan Keyakinan Rakyat

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori