Ipoh – Lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh bangunan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, mangsa yang berusia 59 tahun, dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 30 Julai lalu bagi rawatan susulan penyakit kanser yang dihidapinya.
Difahamkan, mangsa sudah lama menghidap kanser serta sering dimasukkan ke wad dan penyakitnya itu kini di tahap kronik.
Menurut sumber, mangsa ditempatkan di tingkat satu hospital berkenaan, namum dipercayai jatuh dari tingkat tujuh.
“Pesakit terbabit dipercayai jatuh dari tingkat tujuh susulan penemuan selipar mangsa di tingkat berkenaan.
“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Mayat mangsa kini dihantar ke Jabatan Forensik HRPB dan keluarga mangsa sudah dimaklumkan mengenai kejadian. – myMetro Online
https://www.youtube.com/watch?v=Cz1CEVJesPQ