Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Waytha Moorthy Dituduh Menteri...

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat hari ini bertukar kecoh apabila wakil rakyat pembangkang...

Rebecca Nur Islam Dan...

Sama seperti memakai tudung, keinginan untuk berpakaian mengikut syariat Islam memerlukan hidayah untuk...

Siasat Dakwaan George Soros...

KUALA LUMPUR - Maklumat yang mendakwa hartawan George Soros membiayai Bersih, Merdeka Center...

50 Kanak-Kanak Sertai Majlis...

SHAH ALAM - Lima puluh kanak-kanak menyertai upacara berkhatan beramai-ramai anjuran Jabatan Pembedahan...

Pesara Guru Maut Akibat Tembakan Jarak Jauh

KUALA TERENGGANU – Seorang pesara guru maut dipercayai terkena tembakan dari jarak jauh dalam kejadian di kawasan rumahnya di Kampung Padang Midin di sini pada kira-kira pukul 7.15 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Idris Abd Rafar berkata hasil siasatan awal di tempat kejadian, pihaknya tidak menjumpai apa-apa kesan termasuk kelonsong peluru.

“Siasatan menyeluruh berhubung kejadian ini sedang dijalankan dan kita menyiasat dari setiap sudut termasuk personaliti, projek yang dijalankan dan sebagainya.

“Siasatan awal mendapati mangsa tidak mempuyai musuh,” katanya kepada pemberita di sini.

Mangsa, 56, bersara sebagai guru Mei lepas, dan membuat kerja sambilan sebagai kontraktor binaan.


Idris berkata pihaknya turut merampas dua telefon bimbit milik mangsa bagi membantu siasatan.

Sementara itu, hasil bedah siasat di Hospital Sultanah Nur Zahirah menunjukkan punca kematian adalah akibat ditembak dari jarak jauh.

Sebutir peluru ditemui menembusi kepala mangsa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori