PESAWAT Singapore Airlines SQ391 dilaporkan terpaksa berpatah balik ke Istanbul gara-gara ‘diserang’ burung ketika berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk, Turki, semalam.
Memetik laporan Channel News Asia, pesawat yang dalam penerbangan ke Singapura dengan membawa 255 penumpang dan 14 anak kapal itu selamat mendarat seperti biasa.
Difahamkan, pesawat Boeing 777-200 itu dijadualkan berlepas dari Istanbul ke Singapura pada 1.30 petang Isnin (waktu Istanbul) sepatutnya dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura, 5 pagi Selasa.
Berikutan itu, Singapore Airlines telah membuat perancangan bagi penumpang untuk menaiki penerbangan yang lain atau ditempatkan sementara di sebuah hotel
Penerbangan bantuan dianggarkan berlepas Istanbul pada 2.40 pagi (waktu Istanbul) dan tiba di Singapura pada 6.06 pagi (Waktu Singapura) Selasa.
“Jurutera kami kini sedang menilai tahap kerosakan akibat kejadian ini,” kata jurucakap syarikat penerbangan itu. – Agensi/MYNWSHUB.CC