Monday, December 2, 2024

Creating liberating content

Penjawat Awam Bukan Kuli,...

SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tidak bersetuju dengan...

Gelandangan Diberi USD100, Kemudian...

Seorang Vlogger terkenal, Josh Paler Lin ingin melihat apa sebenarnya yang akan terjadi...

MK Land Bina 500...

IPOH - Pemaju hartanah, MK Land Holdings Bhd (MK Land) akan melancarkan 500...

VIDEO: Budak Uji Sarung...

SEORANG budak lelaki dari Rusia ini dikatakan telah membeli sarung telefon bimbit yang...

Peserta Didedahkan Kepelbagaian Budaya Unik Masyarakat Kampung

KEUNIKAN serta kepelbagaian budaya di kalangan penduduk Malaysia sememangnya tidak dapat dinafikan lagi menjadi antara faktor penting yang menarik perhatian pelancong asing untuk berkunjung ke tanah air tercinta ini.

Kelainan serta keaslian budaya yang masih lagi dipertahankan dari turun-temurun menjadi aspek kepada kelangsungan budaya yang tidak luput dek zaman.

Bagi membawa orang luar mendalami dengan lebih lanjut mengenai budaya negara kita, adalah wajar mereka ‘dicampakkan’ dalam persekitaran kampung yang lebih tenang daripada hiruk pikuk kesesakan kota yang biasa dialami kebanyakan mereka di negara masing-masing.

Untuk tujuan itu, seramai 44 peserta Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM 2015) Piala Perdana Menteri telah ‘diterbangkan’ ke Homestay Parit Penghulu, Sungai Rambai, Melaka, baru-baru ini.

Pelbagai aktviti kebudayaan masyarakat Melayu didedahkan kepada mereka antaranya budaya perkahwinan Melayu, seni mempertahankan diri silat dan budaya tepung tawar ke atas dua mempelai.

1

https://www.youtube.com/watch?v=7gkJs_fjrvI

Selain itu, mereka turut didedahkan dengan permainan tradisional seperti gasing, tarik upih dan permainan getah atas para.

Keterujaan nyata dirasai oleh kesemua peserta yang rata-ratanya baharu pertama kali mencuba permainan sedemikian.

Nah, anda tengoklah sendiri wajah keterujaan mereka!

https://www.youtube.com/watch?v=gTsV8K-bD50

Selepas diberi kesempatan merasai sendiri permainan tradisional, mereka kemudiannya dibawa ke bendang sawah padi, ladang getah dan ladang kelapa.

Di sini mereka mencuba sendiri menoreh getah sementara peserta lelaki cukup bersemangat memanjat pokok kelapa bagi mengutik buahnya sebelum dikupas untuk dijadikan penghilang dahaga buat mereka.

Antara yang cukup hebat memanjat ialah peserta dari Papua New Guinea, Andreas Noreewec yang berjaya memukau rakan-rakannya dengan kebolehannya itu.

kelapa

https://www.youtube.com/watch?v=o4FDogg5dyI

Tidak ketinggalan johan PABM 2015 bagi kategori Antarabangsa iaitu Joshua Parfitt, 22, yang turut sama memanjat walaupun tidak sampai ke puncak pokok.

Selain petah berbicara dan berpidato dalam Bahasa Melayu, jejaka dari London, United Kingdom itu turut berkebolehan bermain gitar sambil mengalun merdu lagu evergreen dendangan Man Bai, Kau Ilhamku.

Sampai habis tau dia nyanyi! Salut!

https://www.youtube.com/watch?v=_34PMdfQPjo

Tidak terhenti di situ, mereka kemudiannya menyambung aktiviti dan memanfaatkan hari beriadah dengan mempelajari cara-cara membuat bakul tradisional daripada rotan, menganyam ketupat dan mencanting batik.

Walaupun kelihatan sukar pada mulanya, namun kesemua mereka berjaya menghabiskan tugasan masing-masing dengan menghasilkan ‘masterpiece’ yang cukup mahal untuk ingatan memori mereka sepanjang di Melaka.

ketupat

batik

DSC_1679

https://www.youtube.com/watch?v=gTsV8K-bD50

Masuk hari kedua, mereka didedahkan dengan permainan kampung yang lebih ‘kotor’ bagi ‘mendera’ kekuatan mental dan fizikal para peserta.


Mereka bermain permainan ala-ala Explore Race yang mana setiap empat kumpulan dibahagikan kepada 11 ahli dan mereka ditugaskan untuk menyiapkan kesemua lima tugasan yang telah diberikan kepada mereka oleh pihak penganjur.

Aktiviti pertama mereka perlu mengasingkan tujuh jenis rempah masakan yang popular dalam masakan orang Melayu dan perlu melabelkannya dengan betul.

Selepas itu, mereka perlu bergerak mencuba permainan mengalihkan batu-bata, memegang ikan belut, menutup paip bocor dan mengisi botol dengan baldi bocor.

race

ikan

https://www.youtube.com/watch?v=4DeUGWg3UXA

Permainan-permainan ini bukan sahaja-sahaja diadakan sebaliknya ia mempunyai mesej yang cukup kuat di mana jika tertanamnya sikap kerjasama dan setiakawan, setiap tugasan dan pekerjaan yang diberikan pastinya dapat diselesaikan dengan cukup mudah dan cepat.

Kuncinya bak kata tagline kartun popular Wonder Pets,”Apa Yang Penting, Kerjasama!”

Dari situ mereka belajar sikap saling bantu-membantu dan bekerjasama walaupun ada di antara mereka yang mengakui di negara mereka sikap secara kolektif semakin terhakis, di mana mereka diterapkan dengan sikap ‘individualistic’ yang sememangnya tidak sinonim dengan kehidupan rakyat Malaysia yang sentiasa hidup dalam keadaan harmoni di antara satu sama lain.

Selepas berpenat memerah peluh dalam Explore Race, peserta-peserta dihidangkan dengan masakan tradisi Melayu yang pasti kecur liur dibuatnya.

Apa taknya, mereka dihidangkan dengan lauk pauk Melayu, gulai rebung, sambal belacan, ikan kembung goreng dan tambah enak dan berselera apabila mereka makan menggunakan tangan, tanpa sudu, garfu yang menjadi budaya kebanyakan mereka.

Bak kata bidalan, ‘masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak’.

Menjengah ke petang mereka dibawa melawat ke Bandaraya Melaka yang memperlihatkan bangunan lama tinggalan penjajah Portugis dan Belanda.

Antara yang sempat dilawati ialah A’Famosa, Bangunan Merah Stadthuys dan Jonker Street.

Selepas itu, mereka disajikan dengan hidangan makan malam di Restoran Melayu Melaka yang terletak di tingkat atas bangunan pengurusan Melaka River Cruise.

Selesai menjamu selera, tepat jam 9 malam, rombongan PABM dibawa menikmati keindahan pemandangan di Melaka River Cruise.

Mereka dibawa berlayar di tempat tarikan yang digelar ‘Venice Timur’ itu selama hampir 40 minit dan rata-rata begitu teruja dengan keunikan Melaka yang masih mengekalkan ciri-ciri keaslian bangunan tinggalan sejarah tanpa sedikit pun mencacat-celakannya.

https://www.youtube.com/watch?v=SEJM3t60x04

Dalam bergembira, para peserta ini tidak ketinggalan menyatakan deklarasi bagi melihat keamanan dunia terus dipelihara biarpun lewat kebelakangan ini dunia disering dilanda pelbagai peristiwa yang tidak dapat dielakkan.

Menandatangani petisyen untuk diserahkan kepada Perdana Menteri, ternyata mereka semua menyokong keamanan tanpa melibatkan sebarang aktiviti keganasan untuk menjadikan bumi sebuah tempat yang selamat untuk didiami tanpa menimbulkan sebarang perasaan kurang senang di kalangan penghuninya.

https://www.youtube.com/watch?v=VjyNOR3N12Q

Secara kesimpulannya, aktiviti yang direncanakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri ini telah berjaya mencapai matlamat mereka bagi mengangkat Bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa dan dituturkan oleh masyarakat dunia tanpa mengenal agama, bangsa dan negara.

Semoga usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu akan terus diperjuangkan agar ia terus setanding dengan kebanyakan bahasa utama dunia seperti Bahasa Mandarin, Inggeris dan Urdu. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: JULIANA JOHAR
Foto/Video: RIZA RAZAK

Joshua Parfitt Wakil Dari UK Johan PABM 2015

Joshua Rancang Derma Wang Kepada Organisasi Mesra Alam

Peserta PABM Tertawan Dengan Pertunjukan Seni Silat Melayu

PABM: Peserta Amerika, UK & Australia Ke Peringkat Akhir

PABM 2015: Kematangan Isi Penentu Mara Ke Separuh Akhir

Kepetahan Peserta Papua New Guinea Tambat Hati Penonton

10 Tajuk Jadi Taruhan Pemidato PABM 2015

Saringan PABM 2015: Peserta Bergaya Dengan Baju Kebangsaan

Juri PABM 2015 Berpengalaman Luas Bidang Bahasa

71 Peserta PABM Dirai Isteri Perdana Menteri Di Seri Perdana

Peserta Teruja Dalami Budaya Dan Susur Galur Masyarakat Melayu

Kejayaan Rakan Jadi Pembakar Semangat Emma Roberts

PABM: Janise Peserta Berbangsa Cina Pertama Wakili Negara

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori