Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Shahidan Mahu Pastikan Koordinasi...

KOTA BHARU - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim...

16,073 Kes Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Kes baharu Covid-19 menurun dengan 16,073 kes dilaporkan, hari ini...

Nenek Perasan Cantik, Dakwa...

MEMILIKI tahap keyakinan diri yang tinggi sememangnya satu perkara yang bagus namun ianya...

Zamri Tenang Hadapi Pusingan...

PELUMBA handalan negara, Mohd Zamri Baba kekal tenang bagi menghadapi perlumbaan SuperSports 600cc...

Pesuruhjaya PAS Sarawak Meninggal Dunia

KUCHING – Pesuruhjaya PAS Sarawak Adam Ahid, 66, meninggal dunia pada 3.20 pagi ini, tiga hari selepas dimasukkan ke Institut Jantung Negara, Kota Samarahan, akibat serangan angin ahmar.

Pengerusi Lajnah Penerangan PAS Sarawak Muhamad Shokri Ahmad Fauzi berkata jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Semariang di sini sebelum Zohor.

Beliau berkata kehilangan Allahyarham amat dirasai seluruh anggota PAS khususnya di Sarawak, kerana sebelum ini Allahyarham gigih bersama-sama anggota kepimpinan parti mengatur strategi persiapan PAS menghadapi pilihan raya Sarawak.

Menurutnya Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang kebetulan berada di sini, sempat melawat Allahyarham di Institut berkenaan lewat malam tadi.


Allahyarham, pernah bertanding pada pilihan raya Sarawak pada 2011 di kawasan Dewan Undangan Negeri Sebuyau dan tewas kepada calon Barisan Nasional Datuk Julaihi Narawi.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori