Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Nabila Jaga Sensitiviti, Mohon...

DISEBABKAN mengenakan tudung yang singkat sehingga menampakkan dada, penyanyi Nabila Razali telah ditegur...

APBN Lakukan Persediaan Rapi...

PUTRAJAYA - Walaupun usia penubuhan Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN) tidak sampai setahun...

Klip Video Muzik Digabung...

KUALA LUMPUR – Sebanyak 70 klip video hasil kreativiti rakyat Malaysia dari dalam...

Punca Kematian Murid Di...

PUTRAJAYA - Punca sebenar kematian murid lelaki berumur 10 tahun di Melaka tidak...

Pesuruhjaya PAS Selangor Sokong Bersih 4

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad menunjukkan sokongan secara tidak nyata ke atas demonstrasi jalanan Bersih 4.

Meskipun pucuk pimpinan PAS menegaskan parti itu tidak menyokong perhimpunan berkenaan, Iskandar menyatakan pendiriannya secara tidak langsung melalui laman Facebook rasminya.

“Rakyat merdeka, rakyat bermaruah, bebaskan minda anda,” katanya seperti yang tertulis dalam poster warna kuning yang disiarkan di laman Facebooknya hari ini.

PAS sebelum ini mengumumkan parti itu tidak akan menyertai Bersih 4 yang dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak asasi secara melampau.

PAS menegaskan parti itu enggan bersekongkol dengan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Gerakan Harapan Baru (GHB) dalam perhimpunan yang berkemungkinan besar menimbulkan huru-hara ke atas negara.


Perhimpunan Bersih 4 yang diadakan bermula hari ini dilihat ramai pihak sebagai usaha terdesak pembangkang dan NGO yang memperjuangkan kebebasan hak asasi secara melampau untuk melumpuhkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan secara besar-besaran.

Bersih 4 juga dipercayai memperjuangkan agenda ahli keluarga Anwar untuk membebaskan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu daripada penjara kerana meliwat seorang lelaki lain. – mynewshub.cc

 

https://www.youtube.com/watch?v=vZ4ibHNxuGg

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori