Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Sultan Selangor Murka, PKR...

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan menyifatkan tindakan Parti Keadilan Rakyat...

Guru Perlu Berfikiran Kelas...

KOTA BELUD - Golongan guru perlu berfikiran kelas dunia dalam mendidik modal insan...

Ahli Keluarga Sendiri Rogol...

LIMA lelaki terdiri daripada bapa, datuk dan tiga sepupu dihadapkan ke Mahkamah Majistret...

Kelindan Lori Maut, 3...

JOHOR BAHARU - Seorang kelindan lori maut manakala tiga lagi cedera parah dalam...

Petani Jumpa Bom Di Belakang Rumah Di Pasir Puteh

PASIR PUTEH – Seorang petani terkejut apabila menjumpai sebutir bom yang masih aktif ketika sedang membina batas untuk menanam ubi kayu di belakang rumahnya di Kampung Sungai Seligi, Bukit Abal di sini, pada Selasa lepas.

Mat Jusoh Husin, 61, berkata, pada mulanya beliau menyangka objek itu besi buruk terbuang tetapi selepas menelitinya ia menyerupai sebiji bom sebagaimana yang pernah dilihatnya di televisyen.

“Bom itu berada dalam kedudukan yang mendatar kira-kira 50 meter dari rumah dan saya tidak menyangka menemui bom itu kerana kawasan tanah dibajak dengan jentera setiap tahun,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Mat Husin berkata, beliau melaporkan penemuan objek tersebut kepada Ibu

Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh pada 1.10 petang semalam selepas beberapa jirannya percaya objek itu adalah bom.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Abdul Rozak Muhamad berkata, sepasukan anggota Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan dihantar menyiasat penemuan bom berkenaan.

Beliau berkata, objek berkenaan kemungkinan bom yang digunakan dalam latihan ketenteraan yang tidak meletup sebelum ini bagaimanapun siasatan sedang dijalankan. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori