Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Belia Sarawak Harap Belanjawan...

KUCHING - Golongan belia di Sarawak berharap Belanjawan 2019 yang akan dibentangkan pada...

Selena Gomez Menangis Di...

Tak faham sungguh kami kenapa Justin Bieber juga yang dikejar oleh penyanyi dan...

Mayat Wanita Dalam Gaung:...

SEREMBAN - Tempoh reman tiga individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes penemuan...

MOSTI Keluar Amaran Air...

KUALA LUMPUR - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengeluarkan amaran fenomena angin...

Petani Malaysia Wajar Contohi Semangat Petani Thailand

KANGAR – Para petani khususnya pesawah di negara ini harus mencontohi semangat yang ditunjukkan oleh petani di Thailand jika mahu meningkatkan pendapatan mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Ahmad Bakri Ali berkata, menerusi lawatan yang dilakukannya ke negara berkenaan baru-baru ini, banyak contoh yang boleh diambil ke arah meningkatkan taraf hidup petani di Malaysia.

“Pendekatan yang dilakukan oleh petani Thailand ialah semangat patriotik yang sanggup berkorban apa sahaja di sawah padi asalkan mereka boleh menyediakan padi dan beras yang cukup untuk negara sendiri.

“Paling membanggakan petani-petani itu bekerja tanpa mendapat sebarang subsidi daripada kerajaan. Baja dibeli sendiri. Upah membajak dan segala pekerjaan di sawah semua menggunakan wang sendiri, dan mereka berjaya,” katanya menjawab soalan Datuk Ismail Kassim (BN-Tambun Tulang) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.


Ahmad Bakri berkata, melalui semangat muafakat dalam kalangan petani negara berkenaan, mereka bukan sahaja melaksanakan tanaman padi secara berkelompok sejak tahun 1996, malah mampu memiliki kilang beras sendiri. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori