Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

122,062 Murid Tahun 1...

PUTRAJAYA - Seramai 122,062 daripada 448,113 murid Tahun 1 mengikuti program intervensi yang...

Mayat Pemandu Grab Lemas...

BENTONG - Mayat seorang pemandu grab yang dilaporkan lemas semalam ketika mandi di...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

LANGKAWI - Jumlah mangsa banjir di Langkawi meningkat kepada 173 orang sehingga 11...

24 PATI Ditahan Di...

PARIT BUNTAR - Dua puluh empat pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam...

Pindaan 2 Akta Bukan Untuk Sekat Kebebasan Rakyat Guna Internet

PUTRAJAYA – Cadangan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 bukan bertujuan menyekat kebebasan rakyat menggunakan media sosial dan internet, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Sebaliknya, Salleh berkata cadangan pindaan kedua-dua akta itu adalah untuk memastikan dunia tanpa sempadan ketika ini tidak disalah guna sehingga boleh mengancam kepada berlakunya jenayah.

“Banyak yang mengatakan kerajaan akan menutup internet, ini tidak akan berlaku kerana ia (internet) adalah antara benda yang sangat diperlukan sekarang misalnya dalam sistem perbankan.

“Keperluan internet ini selari dengan perkembangan dunia semasa tapi tidak mahu ia disalah guna sehingga merosakkan keharmonian negara yang dibina sejak merdeka,” katanya dalam sidang media selepas majlis serah tugas daripada bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di sini hari ini.

Salleh yang merupakan bekas Ketua Menteri Sabah dan juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia menggantikan Ahmad Shabery susulan rombakan Kabinet 28 Julai lepas.

Terdahulu, Salleh tiba di Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini untuk melapor diri pada 9.30 pagi dengan disambut Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad serta para pegawai kanan kementerian.

Menjelas lanjut mengenai cadangan pindaan ke atas kedua-dua akta itu yang dijangka dibentang di Dewan Rakyat, Oktober depan, Salleh memberi jaminan bahawa ia dibuat dengan telus tanpa menyembunyikan sebarang perkara.

“Jangan kelam kabut, pindaan ini adalah satu proses dan ia telah difikirkan sejak sekian lama sebelum timbul isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan Sarawak Report.

“Sebabnya…hari ini mungkin penyalahgunaan internet dan media sosial dibuat oleh Sarawak Report, esok mungkin akan muncul lagi blog lain yang kadang-kadang isinya diterima bulat-bulat oleh pembaca,” jelas Salleh.


Mengenai Sarawak Report, Salleh berkata laporan yang disiarkan blog itu dengan bersekongkol bersama pihak tertentu di negara ini tidak lain daripada motif untuk merosakkan kestabilan negara.

“Kadang-kadang apa yang dinyatakan seolah benar semuanya walaupun terbukti sebaliknya sedangkan ia (Sarawak Report) dimiliki oleh orang asing,” katanya.

Menyedari tentang penyebaran maklumat tidak tepat serta fitnah terhadap kerajaan menerusi media massa dan internet, Salleh berkata pihaknya akan mencari pendekatan lebih teratur untuk memberi penerangan kepada rakyat mengenai sebarang isu serta dasar kerajaan.

Katanya ia juga selari dengan peranan kementerian berkenaan iaitu sebagai wadah bagi menerangkan dasar kerajaan terhadap rakyat sama ada di bandar atau luar bandar.

“Sekarang ramai pihak sentiasa tabur fitnah sehingga memberi tanggapan kurang baik terhadap kerajaan, maka tanggungjawab kementerian ini adalah untuk memberitahu rakyat tentang isu dibangkitkan,” katanya.

Ketika ditanya tentang cadangan pihak tertentu membabitkan pengamal media bagi mengadakan satu perhimpunan solidariti bersama “The Edge”, Salleh menegaskan ia satu tindakan yang melanggar peraturan selain akan hanya mencetuskan kekacauan.

“Apakah motif mereka, seolah-olah tindakan ini mahu memaksa rakyat menyokong pandangan mereka dan menolak sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia,” katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori