Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kes Rasuah Tengku Adnan:...

KUALA LUMPUR : Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menyatakan rasa terkejut dan kecewa...

Keputusan Kes Pembubaran DUN...

KOTA KINABALU - Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu akan membuat keputusan pada 21 Ogos...

‘Tolonglah Padam Dan Hentikan...

SUNGAI PETANI: Keluarga seorang mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, Allahyarham...

Pahang Siasat Isu Boy...

PEKAN - Setelah terbongkar rahsia tiada penyampaian gelaran Ayahanda daripada Pertubuhan Kebajikan dan...

PKR Mohon Maaf Fitnah Bekas MB Selangor

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) memohon maaf kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai langkah penyelesaian luar mahkamah berhubung kes saman oleh bekas Menteri Besar Selangor ke atas parti itu.

PKR berkata, Abdul Khalid menarik balik saman itu selepas kedua-dua pihak bersetuju dengan penyelesaian beberapa perkara termasuk permohonan maaf secara peribadi oleh Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

“Abdul Khalid menarik balik saman selepas kesemua pihak bersetuju dengan penyelesaian beberapa perkara termasuk Saifuddin Nasution dan PKR memohon maaf kepada Abdul Khalid,” kata kenyataan PKR itu hari ini.

Berikutan penyelesaian luar mahkamah tersebut, PKR mengucapkan ‘Selamat Maju Jaya!’ kepada Abdul Khalid yang berjaya dipecat parti itu kerana berkeras enggan melepaskan jawatan Menteri Besar pada 9 Ogos tahun lalu.

Abdul Khalid yang juga ADUN Pelabuhan Klang dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak kemudian menjadi wakil rakyat bebas disebabkan ‘kedegilannya’ menyerahkan jawatan Menteri Besar kepada Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

PKR pernah merancang melantik Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar baharu Selangor dengan mengarahkan ADUN Kajang meletak jawatan secara tiba-tiba tanpa sebab kukuh bagi diadakan pilihan raya kecil kawasan itu.


Namun keputusan mahkamah menyabitkan kesalahan kes liwat Anwar menyebabkan agenda ‘Langkah Kajang’ diatur PKR kemudian diubah dengan memilih isteri bekas Ketua Pembangkang itu sendiri menjadi calon.

Pada 18 Ogos 2014, Abdul Khalid bertindak memfailkan saman sivil menuntut gant rugi terhadap Saifuddin Nasution secara peribadi dan atas kapasiti beliau sebagai Setiausaha Agung PKR ketika saman tersebut difailkan.

Ia berhubung pengedaran dokumen laporan ‘Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor’ bertarikh 14 Ogos 2014 yang didakwa berniat memfitnah mantan menteri besar paling cemerlang dalam sejarah negeri Selangor itu.

Abdul Khalid juga memohon perintah menghalang Saifuddin Nasution atau wakil, pekerja dan kakitangannya daripada menerbit, mengeluar, mengedar, mencetak atau menyebarkan perkataan yang memfitnah beliau. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori