Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Tindakan PH Beri Kad...

PONTIAN - Selepas mempertikaikan pengumuman peruntukan dan elaun kepada kepada nelayan, Barisan Nasional...

PAS T’ganu Sambut Baik...

KUALA NERUS - PAS Terengganu menyambut baik cadangan pucuk pimpinan parti itu yang...

Tiada Campur Tangan Kes...

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau tidak pernah campur tangan dalam...

Pengawal Peribadi Bunuh Majikan...

GEORGETOWN - Seorang pengawal peribadi dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di...

PM Najib Meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri PTD

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini menghadiri majlis rumah terbuka Semarak Aidilfitri anjuran Persatuan Perkhidmatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PPTD) di Menara Seri Wilayah, Kementerian Wilayah Persekutuan di sini.

Ketibaan beliau bersama dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor disambut oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Presiden PPTD, Datuk Seri Zainal Rahim Seman.

Turut hadir, ketua-ketua setiausaha kementerian, pegawai kanan kerajaan dan para pegawai tadbir dan diplomatik (PTD).

Perdana Menteri yang memakai baju Melayu berwarna merah jambu, meluangkan masa hampir sejam menikmati jamuan, beramah mesra dan bersalaman dengan para tetamu sebelum meninggalkan majlis pada kira-kira pukul 10 malam.


Majlis yang dihadiri kira-kira 2,500 tetamu menghidangkan juadah seperti sate, kambing panggang, mi kari, nasi beriani, ketupat dan kuih-muih tradisi selain dimeriahkan dengan persembahan tarian tradisonal oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan.

Majlis turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian warga kerja Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor.

Najib turut memotong pulut kuning sebagai simbolik menyambut ulangtahun ke-65 PPTD serta menyampaikan duit raya kepada anak-anak warga PTD di majlis itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori