Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Taylor Rai Ulang Tahun...

NAMPAKNYA hubungan cinta dengan Calvin Harris bertahan cukup lama hinggakan penyanyi Taylor Swift berkesempatan meraikan...

Hanya Peminat Aktiviti Tak...

KUALA LUMPUR - Hanya mereka yang berminat melakukan kegiatan tidak bermoral menentang usaha...

Sihir, Curang, Status Anak:...

SEMALAM, pelakon Fatin Afeefa baru sahaja mengeluarkan kenyataan bahawa sejak dia bercerai dengan...

Mahathir Nafi Krisis Politik...

SHAH ALAM - Tun Dr. Mahathir Mohamad menafikan dakwaan Perdana Menteri kelapan, Tan...

Polis Kota Kinabalu Tahan 44 PATI Dalam Op Bersepadu

KOTA KINABALU – Seramai 44 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina ditahan daripada 113 individu yang diperiksa polis di lima lokasi berasingan dalam Op Bersepadu di sini, semalam.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M Chandra berkata operasi itu dijalankan di sekitar Inanam, Sulaman dan Sepanggar selama sembilan jam berakhir 9 pagi ini.

“Polis turut menahan enam individu termasuk seorang wanita kerana kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan di sini Ahad.

Chandra berkata kesemua mereka ditahan dan didokumentasi sebelum dihantar ke Lokap Berpusat Kontinjen Sabah di Kepayan untuk siasatan lanjut.


Operasi itu diketuai 11 pegawai dan 149 anggota daripada pelbagai agensi termasuk Jabatan Imigresen, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Jabatan Pendaftaran Negara, katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori