Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Media Sosial UMNO Kendali...

LABUAN - Biro media sosial dan teknologi maklumat (IT) UMNO harus memperluaskan pengetahuan...

Remaja Hilang 4 Tahun...

Dilaporkan hilang pada 2010, siapa pun tak menduga rupa-rupanya remaja lelaki berusia 13...

Wanita Didenda RM2,500 Kerana...

Ipoh : Seorang wanita didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini...

Hakim 1MDB Dedah Pernah...

BICARA 1MDB l Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Collin Lawrence Sequerah mendedahkan bahawa...

Polis Marin Sandakan Rampas 2, 600 biji Telur Penyu Seludup

SANDAKAN – Sebanyak 2,600 telur penyu yang hendak diseludup ke daerah ini dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) di pesisir pantai Kampung Forest dekat sini, hari ini.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Madun berkata, nilai rampasan telur penyu itu dianggarkan berjumlah RM3,120.

Katanya, anggota PPM yang melakukan rondaan di kawasan itu pada pukul 4 pagi, mengesan dua lelaki menaiki sebuah bot pam memunggah barang ke pantai.

Kedua-dua lelaki itu bagaimanapun melarikan diri dengan menggunakan bot pam tersebut sebaik menyedari kehadiran anggota PPM, katanya dalam kenyataan di sini.


Mohamad berkata, hasil pemeriksaan menjumpai enam bungkus plastik hijau dan dua karung guni berisi telur penyu disyaki diseludup dari negara jiran untuk pasaran gelap di daerah ini.

Katanya, telur penyu tersebut kemudian diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori