Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Masyarakat Tionghoa Dinasihati Bijak...

JOHOR BAHRU - Masyarakat Tionghoa di negeri ini dinasihati memilih kerajaan dengan bijak...

Marsha Milan Akui Perlukan...

BAHARU sahaja memeluk Islam, pelakon Marsha Milan Londoh, 30, mengakui dia terpaksa menangguhkan hasratnya...

Penyokong Indonesia Bersikap Biadab...

KUALA LUMPUR - Belum pun reda dengan insiden serangan balingan botol ke atas...

Ikatan Tidak Bertanding Di...

KOTA BHARU - Gagasan Sejahtera, pakatan pembangkang yang diterajui PAS, tidak akan meletakkan...

Polis Marin Tumpaskan Kegiatan Korek Pasir Haram

KUCHING – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima menumpaskan satu kegiatan mengorek pasir secara haram dalam Ops Pensura di kawasan perairan Sg Bukit Aup, Batang Igan dekat Sibu semalam.

Komander PPM Wilayah Lima Sarawak ACP N Kalai Chelvan berkata serbuan pada pukul 2.30 petang itu, turut membawa kepada rampasan pasir dan peralatan yang digunakan untuk menjalankan kegiatan itu dianggarkan bernilai RM4.5 juta.

“Semasa menjalankan tugas risikan dan Ops Pensura yang diketuai ASP Muhammad Sallam bersama empat anggota Unit Risikan Marin dan tiga anggota PPM Sarikei menggunakan dua buah bot, pasukan operasi telah menahan sebuah bot tunda dan sebuah tongkang yang sedang menjalankan aktiviti pengorekan pasir.

“Setelah diperiksa lanjut, didapati kapal tersebut beroperasi tanpa permit atau lesen yang sah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Beliau berkata PPM Wilayah Lima kemudiannya bertindak merampas bot tunda, tongkang, dua buah kren serta muatan pasir tersebut.


Beliau berkata semua suspek serta rampasan diserahkan kepada Pejabat Tanah dan Galian Sarikei dan kes disiasat di bawah Seksyen 32A Kanun Tanah Negeri Sarawak.

Kalai Chelvan berkata dalam operasi yang sama, pasukannya turut menahan tiga pekerja lelaki bot tunda dan tongkang tersebut, dua daripada warganegara India dan seorang warga Sri Lanka selepas mendapati mereka melakukan kesalahan permit kerja.

“Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sg Merah, Sibu. Mereka telah ditahan dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Sibu untuk tindakan lanjut,” katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori