Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Polis Gempur 6 Sarang...

POKOK SENA - Polis menahan 81 individu termasuk seorang remaja perempuan berumur 15...

4,922 Kes Baharu Covid-19

PETALING JAYA: Sebanyak 4,922 kes positif baharu Covid-19 dicatatkan hari ini, berbanding 5,713...

PM Cadang Ambil...

PERTUBUHAN BANGSA BERSATU - Berlatarkan peningkatan ancaman daripada mereka yang memperjuangkan penubuhan Negara...

Depot Peluru Terbesar India...

MUMBAI - Kebakaran besar yang melanda sebuah depot peluru terbesar pasukan tentera di...

Polis Nafi Kepung Van Sindiket Culik Di Bukit Mertajam

BUKIT MERTAJAM – Polis menafikan berlaku kejadian culik di sebuah sekolah di Bukit Mertajam selepas tersebar gambar sebuah kereta peronda polis (MPV) dan beberapa anggota mengepung sebuah van putih di sekolah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Rusli Mohd Noor menjelaskan sebenarnya anggota polis bersama MPV berada di kawasan sekolah itu kerana sedang menjalankan tugas omni presence dalam usaha membendung kegiatan jenayah.

“Maklumat yang tersebar dalam laman sosial yang mendakwa polis mengepung van putih berkenaan kerana mengesyaki digunakan untuk menculik murid sekolah adalah tidak betul,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata berdasarkan siasatan, pihaknya mendapati van putih itu setiap hari membawa murid sekolah di kawasan berkenaan sejak 15 tahun lepas dan identiti pemandu van telahpun dikenal pasti.

“Polis minta semua pihak tidak terus menyebarkan maklumat tidak betul kerana ia akan menimbulkan perasaan takut dan bimbang di kalangan ibu bapa, guru dan murid sekolah,” katanya.


Gambar polis dan MPV ‘mengepung’ van putih berkenaan tersebar di laman sosial Facebook dan aplikasi Whatsapp sejak Khamis lepas dan mendakwa polis mengesyaki van itu milik anggota sindiket menculik murid sekolah.

Dakwaan turut dibuat kononnya pemandu van terbabit melarikan diri dan meninggalkan kenderaan itu di hadapan pagar sekolah sebaik menyedari kehadiran polis. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori