Monday, July 8, 2024

Creating liberating content

Peguam Anwar Di Bukit...

KUALA LUMPUR - Peguam Anwar Ibrahim, Ramkarpal Singh akan membawa notis tuntutan terhadap...

Israel Tembak 2 Rakyat...

TENTERA rejim Israel menembak mati dua rakyat Palestin  pagi tadi dalam operasi tentera...

Siti Nurhaliza, Datuk K...

SEBUT sahaja Cappadocia, Turki sudah terbayang-bayang keindahan panorama semulajadi yang cukup indah seperti yang...

‘Bonda Ratu’ Bebas Dengan...

JASIN - Wanita yang mendakwa dirinya 'Bonda Ratu' bersama suaminya, yang dipercayai merancang...

Polis Tahan 39 Kaki Judi, Penjaga Premis Judi Di Teluk Intan

TELUK INTAN – Polis menahan 39 kaki judi dalam dua penjaga premis perjudian dalam dua serbuan berasingan sempena Ops Dadu di sekitar daerah Hilir Perak, semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata bertindak hasil risikan, sepasukan polis menyerbu dua premis perjudian di Jalan Changkat Jong dan Jalan Sultan Abdullah di sini dalam operasi pada kira-kira 10 hingga 11.30 malam itu.

“Mereka yang ditahan berusia lingkungan awal 20-an hingga lewat 50-an dan kesemuanya berasal dari Teluk Intan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak hari ini.

Beliau berkata dalam serbuan berkenaan, polis merampas 21 set komputer, empat rangkai anak kunci, 138 keping syiling berbentuk bulat dan berlambang berlian dan 70 keping kad permainan judi.

“Turut dirampas, wang tunai bercampur-campur berjumlah RM1,550,” katanya.
Mohd Shuhaily berkata hasil siasatan mendapati kedua-dua premis berkenaan menyalahgunakan lesen pusat hiburan keluarga dengan menawarkan aktiviti perjudian haram.

“Modus operandi yang dijalankan oleh premis berkenaan ialah dengan membayar wang tunai di kaunter dan akan diberikan kad permainan.


“Pelanggan akan memasukkan kad tersebut ke dalam mesin dan setelah selesai bermain, mereka akan menukarkan baki kad tersebut dengan wang tunai,” katanya.

Mohd Shuhaily berkata kesemua suspek ditahan reman satu hari bagi membantu siasatan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang membawa hukuman denda sehingga RM10,000 bagi setiap mesin judi atau penjara lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Katanya penjaga premis disiasat mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang membawa kepada hukuman denda maksimum RM50,000 bagi setiap mesin judi atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

OPS Dadu – 5 Kaki Judi Dicekup (18 OGOS 2015)

  • Lagi berita berkaitan:
  • JUDI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori