SUSULAN laporan sebuah akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily News semalam tentang kemungkinan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan menggunakan senjata renjat untuk berhadapan dengan peserta demonstrasi Bersih 4.0, isu tersebut dinafikan oleh pihak berkuasa hari ini.
Walau bagaimanapun, menurut Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim, senjata berkenaan berkemungkinan akan digunakan pada masa akan datang.
BERKAITAN: Rakyat Perlu Terima Kesulitan Akibat Bersih 4.0

Ia bakal diaplikasikan untuk tujuan keselamatan selepas terbukti mampu untuk melumpuhkan mangsa buat sementara waktu.
Memetik kenyataan beliau menerusi laporan The Malaysian Insider, “Bukan untuk ini sebab senjata renjat itu melumpuhkan sementara siapa yang ditembak.
“Ia terbukti melalui kajian saitifik dan praktikal dapat melemahkan sesiapa saja perusuh atau penjenayah.
“Di masa hadapan, kita akan lebih banyak menggunakan senjata jenis ini.” – MYNEWSHUB.CC
Polis Mungkin Guna Senjata Renjat Pada Perhimpunan Bersih 4.0