Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Tasik Di India Dikeringkan...

NEW DELHI - Pihak berkuasa mengepam keluar air dari sebuah tasik di selatan...

Jangan Sewenangnya Kenakan Caj...

KUANTAN - Pemilik restoren, kopitiam dan hotel di negeri ini dingatkan agar tidak...

Pelantikan Dan Angkat Sumpah...

ALOR SETAR - Majlis Pelantikan dan Angkat Sumpah Menteri Besar Kedah yang sepatutnya...

“Yang Ada Jual, Lama-Lama...

KUALA LUMPUR - Melihat situasi terkini, Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mendakwa...

Poskod Khas 88005 Pulau Layang-Layang Punya Makna Tersendiri

PULAU LAYANG-LAYANG – Poskod khas bernombor 88005 yang dibuat dan diberikan khusus untuk Pulau Layang-Layang mempunyai simbolik juga makna tersendiri, kata Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia).

Pulau yang sememangnya terkenal sebagai antara destinasi menyelam terbaik dunia itu terletak 300 kilometer dari pantai Sabah dan mengambil masa kira-kira sejam perjalanan menggunakan kapal terbang dari Kota Kinabalu.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Azlan Shahrim berkata nombor 88 adalah antara kod di Sabah, sementara angka lima dalam poskod khas itu pula merujuk kepada STESEN LIMA Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang ditempatkan di Pulau Layang-Layang bagi mengawasi keselamatan pulau itu.

“Memberikan poskod kepada mana-mana tempat di Malaysia juga merupakan tugas kami sebagai usaha meningkatkan perkhidmatan pos dan kesalinghubungan antara satu tempat dengan tempat yang lain,” katanya selepas majlis pelancaran poskod khas itu di sini, Jumaat.

Poskod khas yang merupakan sebahagian daripada program kedaulatan Pulau Layang-Layang Malaysia itu dilancarkan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.

Turut dilancarkan peti pos dasar laut terdalam negara di Pulau Layang-Layang, inisiatif dengan kerjasama TLDM, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan Avillion Layang-Layang Resort.

Peti pos dasar laut itu mencipta nama dalam ‘Malaysia Book of Records’, sebagai peti pos dasar laut terdalam di negara dengan kedalaman 40 meter dari permukaan laut.


Azlan berkata Avillion Layang-Layang Resort dilantik sebagai ejen pos, dan operasi perkhidmatan penghantaran pos akan dilakukan dua kali seminggu menggunakan penerbangan MASWings yang bertolak dari pulau ini ke Kota Kinabalu.

“Pos Malaysia sudah ada perjanjian kerjasama dengan semua pihak terbabit dalam memastikan operasi ini berjalan lancar,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Bahagian, Bahagian Keselamatan Kedaulatan Maritim Shakib Ahmad Shakir berkata inisiatif memberikan poskod khas dan kemudahan peti pos di Pulau Layang-Layang itu melambangkan pengiktirafan dan pemerkasaan kedaulatan Malaysia di Pulau Layang-Layang.

“Apabila kita (Malaysia) yang memberi poskod dan mengiktiraf pulau ini memang sebahagian daripada Malaysia, ia memperkukuhkan lagi kedaulatan dan tuntutan kepada Zon Eksklusif Ekonomi,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori