Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Liwat: Shafee Persoal ‘Layanan...

Hari ini hujah ketua pasukan pendakwaan dalam kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri...

Shima Buka Warung Teringin

KUALA LUMPUR - Penyanyi yang popular dengan lagu Teringin, Shima mula berniaga nasi...

JAS Siasat Penemuan 40...

Alor Setar : Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan...

Semua Mangsa Banjir Di...

JASIN - Seramai 135 daripada 30 keluarga yang dipindahkan setelah rumah mereka di...

PPDNKK Kedah Rampas Barang Kawalan Bernilai RM10,000

ALOR SETAR – Sebanyak 4,000 kilogram (kg) minyak masak, tepung dan gula bernilai RM10,000 dirampas Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kedah dalam operasi di sebuah pasar raya di Kuala Sungai di sini.

Ketua penguatkuasanya, Shahrudin Hamzah berkata rampasan barangan kawalan itu dibuat selepas pemilik pasar raya tersebut didapati tidak mempunyai lesen untuk menyimpan barangan berkenaan dalam premis itu.

Beliau berkata operasi bermula pukul 3.30 petang itu adalah hasil risikan anggota penguatkuasa sejak seminggu lalu.

“Dalam serbuan itu, kami merampas 2,400kg gula, 600kg minyak masak dan 1,000kg tepung gandum bernilai kira-kira RM10,000.

“Kami akan siasat pembekal barang kawalan ini kerana ia juga menjadi kesalahan membekalkan barangan tersebut kepada peniaga yang tidak mempunyai lesen,” katanya di sini.


Shahrudin berkata pemilik pasar raya berusia 50-an itu akan disiasat mengikut Seksyen 22 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh didenda RM1 juta atau tiga tahun penjara bagi individu atau denda RM2 juta untuk syarikat.

Menurut Shahrudin, pihaknya akan meneruskan operasi tersebut dari semasa ke semasa bagi membanteras kegiatan menjual barangan kawalan tanpa lesen. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori