Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Umat Islam Perlu Baca...

BAGAN DATUK - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengajak umat Islam supaya...

Kata-Kata Semangat Neelofa Buat...

PELAKON dan pengacara terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa menasihatkan penyanyi berbakat...

Pekerja Kitar Semula Didakwa...

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja syarikat kitar semula hari ini mengaku tidak bersalah...

Harga RON97 Naik Lagi,...

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON97 naik 2 sen kepada harga RM4.33 seliter berbanding...

Program Jom Masuk UniMAP Kategori Khas Mulai 12 Ogos Ini

KANGAR – Enam negeri dipilih untuk program ‘Jom Masuk UniMAP (Universiti Malaysia Perlis)’ kategori khas, bermula 12 hingga 17 Ogos ini, kata Naib Canselor universiti itu, Datuk Brig Jen Prof Dr Kamarudin Hussin.

Beliau berkata kategori itu khusus untuk membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan yang memenuhi syarat minimum bagi meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

“Selain itu, calon yang mempunyai ibu/bapa/penjaga berstatus Orang Kurang Upaya (OKU), anak yatim atau dijaga oleh ibu/bapa tunggal layak memohon menerusi program ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini Rabu

Beliau berkata program itu selaras dengan hasrat kerajaan yang menggalakkan Universiti Awam menjelajah ke setiap pelusuk termasuk di luar bandar bagi membantu anak bangsa supaya tidak ketinggalan dalam bidang pendidikan.

Kamarudin berkata mulai 12 Ogos, program itu akan diadakan serentak selama dua hari di Perlis iaitu di Pusat Sehenti UniMAP, Bangunan KWSP Kangar; KHTP Business Centre dan Dewan Utama Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim, Sungai Petani, Kedah; serta Anjung UniMAP Kuala Lumpur, Aras 26 Menara Datuk Onn Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Beliau berkata promosi di pantai timur pula dijadualkan pada 14 hingga 16 Ogos dan terakhir di Dewan Datuk Seri Abu Hassan, Kompleks UMNO Kuala Selangor, Selangor pada 17 Ogos.


Calon di pantai timur boleh mengunjungi Pondok Moden Jeli, Bukit Bunga (14 Ogos), Bilik Seminar Sutera Inn Prima Kota Bharu, Kelantan (15 Ogos); Lobi Bangunan Persekutuan Kampung Raja, Besut (15 Ogos) dan Pejabat Yayasan Terengganu, Kuala Terengganu, Terengganu (16 Ogos).

Pelajar yang berminat perlu membawa salinan dokumen seperti kad pengenalan, slip gaji, salinan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Matrikulasi/Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia/Diploma, Sijil MUET serta Kad OKU atau Kad JKM (jika berkenaan), tambahnya.

Pertanyaan mengenai program tersebut boleh diperoleh dengan menghubungi Prof Madya Dr Che Mohd Ruzaidi Ghazali di talian 019-4562610; Prof Madya Dr Mohd Mustafa Al-Bakri Abdullah (010-4045020) dan Prof Madya Dr Rizalafande Che Ismail (016-5550623). – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=aw_INmA0s2g

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori