Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pengeluaran Minyak Masak Peket...

KOTA BHARU - Sistem pengeluaran minyak masak peket bersubsidi akan dirombak sepenuhnya jika...

Isu BR1M: Tun Mahathir...

SEPANG - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dicabar membuat laporan kepada...

PRK Sg. Besar: 58...

SUNGAI BESAR - Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Sungai Besar...

UOB Kepong Ditutup Sementara,...

KUALA LUMPUR - United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB Malaysia) telah menutup cawangan...

PSMZA Adakan Kempen Derma Darah Bantu Tabung Darah HSNZ

DUNGUN – Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) di sini mengadakan kempen derma darah bagi membantu tabung darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Pegawai Perhubungan Awam PSMZA Zaharuddin Abdul Gani berkata kempen derma darah anjuran IM4U Jabatan Pendidikan Politeknik yang bertemakan ‘Darah Satria’ itu melibatkan 200 orang yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan PSMZA, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun.

“Penganjuran program yang diadakan di PSMZA itu dikelolakan oleh Majlis Perwakilan Pelajar bersama Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSMZA dan mendapat sokongan dari HSNZ yang telah menghantar seramai 17 kakitangan bagi menjayakan program berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Zaharuddin berkata objektif program itu adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar khususnya tentang kepentingan menderma darah bagi membantu mereka yang memerlukan dan diharap ia menjadi amalan setiap masa. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori