KUALA KANGSAR – Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa serta Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah hari ini berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) 2015 di sini.
Berangkat sama Raja Di-Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris serta Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.
Turut hadir Rektor KUISAS Tan Sri Nordin Kardi, kakitangan serta penuntut KUISAS.
Pada majlis itu, tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah seperti nasi ayam, rendang, lemang, sate dan kuih-muih.
Majlis turut diserikan dengan dendangan beberapa lagu daripada penuntut KUISAS. – BERNAMA