Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

MAHB Akan Jawab Isu...

SEPANG - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kini dalam peringkat penelitian dan perbincangan...

Tengah Urut Sekali Kena...

PREMIS refleksologi yang disyaki menawarkan tempahan perkhidmatan seks melalui WeChat diserbu Jabatan Imigresen...

Op Sarang Khas: 82...

KOTA KINABALU - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah menahan 82 individu dalam...

DAP Membela Haziq? PH...

APABILA YB Zuraidah menuduh Pembangkang mendalangi Video Intim Azmin dan Haziq, dan diikuti...

Raja Perlis Bimbang Fenomena Fitnah Melalui Media Sosial

KANGAR – Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bimbang dengan fenomena fitnah dan penyebaran maklumat tidak tepat dan khabar angin melalui media sosial yang berleluasa.

Menurut baginda fenomena itu perlu disekat kerana jika dibiarkan ia akan menjerumuskan negara dan masyarakat ke arah kehancuran.

“Beta ingin mengingatkan rakyat negeri ini supaya menghindari tindakan tidak bertanggungjawab dan sensitif terhadap masyarakat berbilang bangsa, agama dan budaya demi menjaga keharmonian dan perpaduan yang dinikmati.

“Perpaduan menjamin kestabilan negara dan pembangunan pesat ekonomi. Jadi, hargailah nikmat keamanan,” titah baginda semasa merasmikan pembukaan penggal persidangan ketiga Dewan Undangan Negeri Perlis yang ke-13, di sini, Selasa.

Turut berangkat Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Hajah Tuanku Lailaltul Shahreen Akashah Khalil.

Mengenai Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) bermula tahun depan, Tuanku Syed Sirajuddin bertitah kerajaan negeri hendaklah memberi perhatian untuk meningkatkan pencapaian ekonomi yang mampu menangani cabaran global.

“Perancangan menyeluruh, penglibatan inklusif dan kerjasama pihak-pihak berkepentingan termasuk swasta dan badan-badan bukan kerajaan akan memastikan projek-projek berimpak tinggi seperti pembangunan Lembah Chuping dan Pelabuhan Darat Perlis di Padang Besar berjaya.

“Projek-projek pemangkin pembangunan ini lengkap dengan penambahbaikan sistem pengangkutan awam dan perkhidmatan kereta api elektrik yang telah beroperasi sebagai nilai tambah,” titah baginda.


Baginda merakamkan penghargaan kepada kerajaan persekutuan kerana meluluskan pembinaan klinik dan hospital daerah Padang Besar dalam RMK11 yang akan menyumbang pada pembangunan lebih dinamik dan produktif rakyat Perlis.

Tuanku Syed Sirajuddin bersyukur dengan penurunan indeks jenayah negeri Perlis sebanyak 56 peratus pada 2014 yang mencatatkan 439 kes berbanding 989 kes pada 2012.

“Beta bagaimanapun dukacita kerana penemuan kubur mangsa-mangsa sindiket pemerdagangan manusia di Wang Kelian baru-baru ini memberi kesan terhadap imej negara di mata dunia selain imej penguat kuasa sempadan.

“Oleh itu beta ingin menyeru semua agensi penguat kuasa sempadan lebih peka dan berwaspada menjaga kedaulatan negara bagi memastikan insiden penemuan kubur itu serta pencerobohan di sempadan tidak berulang,” titah baginda.

Tuanku Syed Sirajuddin menasihatkan anggota perkhidmatan awam yang menjadi nadi pembangunan negara supaya sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatan dan bekerja tanpa berlengah.

Baginda juga mahu penjawat awam bersifat kreatif, proaktif dan memperkemaskan sistem penyampaian sehingga memenuhi kehendak masyarakat dalam menghadapi cabaran dan persekitaran yang semakin kompleks. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori