Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Sejuta Kenderaan Masuk Kelantan...

GUA MUSANG -  Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kelantan menganggarkan lebih sejuta kenderaan...

Tak Menyepi Cuma Banyak...

AKTOR kacak dan tinggi lampai, Idris Khan seolah-olah menyepi dari industri hiburan tempatan...

Peniaga Barang Sembahyang Mati...

KULAI - Seorang peniaga barang-barang sembahyang ditemukan mati di dalam kereta akibat ditembak...

Kos PRU Berasingan Dijangka...

JELI : Pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) secara berasingan akan menyebabkan...

Rakyat Malaysia Perlu Pertahan Kesejahteraan Negara

SEREMBAN – Rakyat Malaysia perlu mempertahankan kemakmuran dan kesejahteraan negara yang dibina selama ini, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata rakyat mesti berusaha memperkukuhkan benteng perpaduan agar ia terus kuat dan kukuh selain pandai menghargai kebebasan untuk mempertahankan kemerdekaan yang dicintai ini.

“Sesungguhnya, kebebasan atas nama demokrasi yang disalahgunakan akan membawa padah kepada negara. Janganlah kita bertindak keterlaluan mengikut emosi tanpa memikirkan kesannya.

“Sebagai generasi pewaris, tampillah sebagai anak bangsa yang mampu membawa negara ke persada yang membanggakan, malah disegani oleh pihak kawan dan lawan, berfikiran matanglah apabila bersuara,” katanya pada majlis sambutan Hari Kebangsaan 2015 Peringkat Negeri Sembilan di padang Majlis Perbandaran Seremban di sini hari ini.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud.

Mohamad berkata walaupun slogan ‘Sehati Sejiwa’ agak ringkas dan jelas, namun dalam meraikan sambutan Hari Kebangsaan ini, rakyat Malaysia perlu bersatu hati dan jiwa kerana nikmat kebebasan negara yang diraih sejak berdekad lalu, hanya datang sekali.


“Inilah yang perlu dipertahankan setiap saat. Marilah bersama-sama kita menjaga kerukunan, kedamaian dan keharmonian kaum agar negara ini terus dapat dibangunkan,” katanya.

Beliau juga mengingatkan agar negara yang dibina atas kesepakatan para pemimpin terdahulu tidak diruntuhkan hanya kerana terikut-ikut dengan apa yang berlaku di negara lain.

Katanya amalan demokrasi perlu diteruskan mengikut apa yang diamalkan selama ini yang telah terbukti berjaya membawa negara menjadi maju dan dihormati.

Beliau berkata kerajaan dan rakyat juga mengucapkan setinggi penghargaan kepada seluruh pasukan keselamatan atas jasa dan pengorbanan mereka mempertahankan kedaulatan, keselamatan dan keamanan negara. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori