Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Malaysia Tuai 2 Emas...

KUALA LUMPUR - Pasangan Malaysia Leong Mun Yee-Traisy Vivien Anak Tukiet menghadiahkan kilauan...

Alyah Tidak Guna Pengaruh...

RAMAI sudah tahu akan statusnya kini yang bergelar isteri kepada seorang individu yang...

FTA Malaysia-Turki Berkuatkuasa 1...

KUALA LUMPUR - Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Turki (MTFTA) akan berkuat kuasa pada 1...

Berhati-Hati Dengan Individu Kutip...

ISKANDAR PUTERI - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) hari ini memberi amaran kepada...

Ramai Terharu Tindakan Mak Cik Ini Terhadap Suaminya

DALAM menjalani kehidupan rumah tangga, selain daripada kasih sayang, amalan hormat menghormati terhadap pasangan merupakan antara rahsia paling penting dalam mencapai kebahagian.

Malangnya, tidak semua suami isteri alaf ini mampu mengamalkan amalan ini ekoran tidak sabar dan memendam rasa keegoan yang melampau.

Oleh itu, kesempatan ini kami ingin berkongsi kisah sepasangan suami isteri yang layak dijadikan tauladan buat semua.

Kisah ini sebenarnya disaksikan oleh seorang hamba yang ketika itu sedang menjamu selera di sebuah restoran yang terletak di Taman Melati, Kuala Lumpur.

Kisah tentang kasih sayang seorang isteri yang menjaga adab-adab terhadap suaminya ini wajar dicontohi dan dijadikan tauladan buat semua isteri.

 

suami 2

suami 1

“Selepas makan, mata saya terpaku dengan tindakan seorang mak cik.Walaupun dalam keadaan uzur , beliau bangun ke tempat basuh tangan dengan mangkuk kosong. Saya terpana, atas tujuan apa dipenuhkan bekas tersebut dengan air paip tersebut.

“Sekembalinya mak cik tersebut ke meja makan, beliau membasuh tangan suaminya dan melayan suaminya untuk menjamah dan menjamu selera bagai seorang putera raja.


“Subahanaallah, Allah hadirkan satu fenomena dan sketsa ringas yang sukar dilihat pada hari ini.

“Ramai takut dan gusar kehilangan suami, tetapi tidak tahu bagaimana nak bahagiakan suami,” tulis netizen tersebut.

Perkongsian kisah pasangan suami isteri ini sekali gus menjadi viral dan membuatkan ramai yang tersentuh hati.

Malah, ada juga yang menyifatkan tindakan ini hanya berlaku satu dalam sejuta.

Pastinya, suaminya mak cik ini juga merupakan seorang suami yang baik dan hebat sehingga mampu mendidik isterinya sebegitu hormat dan sayang terhadap.

Masya Allah… semoga kisah ini menjadi pengajaran buat semua pasangan suami isteri. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: FARAH

https://www.youtube.com/watch?v=4gxWMSnb6XA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori