Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ratu Cantik Myanmar Larikan...

SEOUL - Seorang peserta ratu cantik dari Myanmar enggan memulangkan semula tiara berlian...

Bapa Bunuh Anak Terpaksa...

BACHOK - Enam anggota polis terpaksa mengusung suspek dipercayai membunuh anak lelakinya berusia...

MAB Kesal Hidangan Mihun...

SELEPAS isu nasi lemak telanjang pernah dibangkitkan selebriti terkenal Chef Wan pada 2014,...

Perkhidmatan Tabung Haji Semakin...

MAKKAH - Perkhidmatan yang disediakan Tabung Haji dalam mengendalikan jemaah haji di sini...

Rapid Penang Sedia Lebih Banyak Laluan Bas Antara Bandar

SUNGAI PETANI – Perkhidmatan bas Rapid Penang akan menyediakan lebih banyak laluan antara bandar dalam usaha mempromosi penggunaan pengangkutan awam dalam kalangan masyarakat setempat.

Ketua Pegawai Operasi Rapid Bus Sdn Bhd, Mohd Shukri Abdul Rahman berkata perkhidmatan terbaharu disediakan ialah laluan Penang Sentral, Butterworth ke Sungai Petani serta Sungai Petani ke Butterworth.

Beliau berkata tambang dikenakan hanya RM4.70 satu hala perjalanan kira-kira 43 kilometer, dan ini akan banyak memberi kelebihan kepada golongan bekerja sama ada di Sungai Petani atau Pulau Pinang, untuk berulang-alik setiap hari.

“Selepas Sungai Petani, kita akan melancarkan laluan kedua bas antara bandar dari Penang Sentral, Butterworth ke Parit Buntar pada 8 Ogos ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Laluan Bas Antara Bandar Rapid Penang (Sungai Petani-Butterworth), di sini hari ini.

Majlis perasmian itu disempurnakan Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Perumahan Kedah Datuk Tajul Urus Mat Zain.

Mohd Shukri berkata bermula dari Kompleks Ukir Square, bas akan melalui Jalan Ibrahim, stesen bas Jalan Petri, Central Square, Kolej PTPL, Pejabat Pos Jalan Bakar Arang, Longwan Bakar Arang dan pasar raya Tesco, sebelum memasuki Lebuhraya Utara-Selatan ke Penang Sentral.


Enam buah bas disediakan dan kekerapan perjalanan ialah antara 30 dan 45 minit, bergantung kepada waktu bermulanya operasi, dan perkhidmatan bermula 6 pagi di Sungai Petani, manakala di Butterworth 7 pagi.

Tajul Urus berharap cadangan mewujudkan perkhidmatan bas henti-henti di sembilan laluan dalam daerah Kuala Muda di sini, dapat dilaksanakan segera bagi memberi kemudahan kepada masyarakat setempat.

Cadangan itu, beliau berkata telah pun dibawa ke mesyuarat exco kerajaan negeri dan secara dasarnya, pihak terbabit sudah bersetuju namun tidak pasti sebab kelewatan pelaksanaannya.

“Jika ia dilaksanakan, ia akan melibatkan lima buah bas, dan akan melalui tempat-tempat utama antaranya hospital, institusi pengajian tinggi, malah ada cadangan agar diwujudkan laluan ke Tanjung Dawai, Bedong dan Semeling,” katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori