BEKAS pembaca berita di stesyen TV3 yang kini bertugas di NTV7, Ras Adiba Radzi baru-baru ini telah melepaskan kamarahannya di laman Facebook disebabkan sikap seorang pemandu yang menyalahgunakan kemudahan tempat parkir kereta untuk golongan orang kelainan upaya (OKU).
Beliau yang juga merupakan seorang OKU memuatnaik gambar kenderaan individu tidak bertanggungjawab berkenaan yang menyelit di celah kereta Volvo-nya dan dikatakan menyebabkan dirinya terperangkap seketika.
“Di manalah kamu letak otak? Bagaimana saya hendak keluar daripada kereta saya!
“Saya terperangkap, tak dapat keluar daripada Volvo putih,ishh sabar jer lah.”
“Semua orang tolong jadikan viral, lebih baik jika berita dia, dia mungkin lupa bawa otak sekali bila keluar rumah… haiyo!â€Â katanya di pautan gambar yang dikongsikan.
Sudah menjadi kebiasaan nampaknya rakyat Malaysia yang ‘cukup sifat’ sering kali meletakkan kenderaan di ruang khas parkir untuk golongan OKU terutamanya di pusat membeli belah.
Buat pengetahuan anda, golongan OKU sememangnya memerlukan ruang parkir yang besar bagi memudahkan mereka mengeluarkan kerusi roda atau alatan bantuan mereka. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: hzq
https://www.youtube.com/watch?v=abumHdpM0QI