Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Israel Tutup Semula Sempadan...

GAZA – Israel menutup dua sempadan ke Semenanjung Gaza selepas satu roket yang...

Riz Ulala ‘Nyah’ Cantik...

SEMAKIN hari semakin menjadi-jadi pula bilangan golongan maknyah ni. Semuanya boleh tahan cantik...

Penemuan Bandar Maya Di...

Ahli arkeologi berjaya menemui dan mendedahkan peninggalan kota Maya yang berusia beberapa abad,...

Habibullah Kekal Terajui Kejohanan...

KUALA LUMPUR - Penunggang supermoto Malaysia Muhd Habibullah Mohd Salleh terus melakar kejayaan...

SAINS Siasat Dua Restoran Guna Air Curi di N.Sembilan

KUALA LUMPUR – Sebanyak dua buah restoran di Negeri Sembilan disiasat di bawah Seksyen 89(9) Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2006 kerana disyaki mencuri bekalan air bersih untuk tujuan perniagaan.;

Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (Sains) berkata, restoran yang terletak di Port Dickson di Rantau itu dikesan mencuri bekalan air dalam satu serbuan oleh pihak berkuasa pada 6 Ogos lalu.

“Serbuan pertama pada pukul 10.30 pagi di sebuah restoran di Port Dickson, manakala serbuan kedua ke atas sebuah restoran di Rantau pada pukul 5 petang.

“Ketika serbuan di lokasi, pihak penguatkuasa mendapati penghuni-penghuni premis telah melakukan penyambungan menggunakan meter tidak sah bersaiz 15mm. Air yang diperolehi daripada penyambungan itu didapati digunakan untuk operasi harian kedua-dua perniagaan tersebut,” kata kenyataan itu hari ini.


Menurut kenyataan itu, pegawai penguatkuasa Sains yang menjalankan ujian klorin dua lokasi berkenaan mendapati bekalan air yang digunakan di situ adalah air terawat milik Sains.

Kata kenyataan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 89(9) Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2006 yang memperuntukan denda RM50,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori