KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) akan mengadakan majlis sambutan bagi meraikan kejayaan Harimau Selatan merangkul kejuaraan Liga Super 2015 di Johor malam ini.
PBNJ dalam satu kenyataan memberitahu, majlis sambutan tersebut adalah dibuka kepada seluruh penyokong pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).
“Para penyokong adalah dijemput hadir bagi sambutan meraikan JDT selaku juara berturut-turut Liga Super Malaysia untuk tahun 2014 dan 2015.
“Majlis sambutan akan berlangsung pada pukul 8.30 malam di Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunos, Larkin,” kata kenyataan itu.
Pasukan JDT muncul juara Liga Super buat kali kedua berturut-turut malam tadi walaupun tewas kepada Felda United di Stadium Selayang 2-1.
Ia ekoran kekalahan pasukan Pahang 1-3 ditangan Terengganu dalam aksi terakhir kempen Liga Super 2015 pada musim ini. – mynewshub.cc