Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Viral Belanja Awek Naik...

RUPA-RUPANYA bukan Syafiqah Aina sahaja wanita bertuah yang dapat naik limosin pada sambutan...

Iskandar Tutup Musim 2015...

KUALA LUMPUR - Pemain negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin menutup musim 2015 dengan muncul...

Ada Kemungkinan PKP Dilanjutkan

KUALA LUMPUR - Tempoh dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) buat masa ini...

Ibu Bapa Disaran Galak...

TAWAU - Ibu bapa disaran agar menggalakkan anak-anak supaya aktif bersukan dalam melahirkan...

SanDisk Menawarkan Pemacu USB 3.0 Berkapasiti 256GB Di Malaysia

SANDISK adalah salah satu jenama popular dalam penawaran beberapa aksesori perkomputeran, terutamanya berkaitan dalam pemacu USB.

Kini, untuk pasaran Malaysia, SanDisk menambah dua produk baru, iaitu pemacu USB berasaskan USB 3.0 dengan ruangan storan dalam pilihan bersaiz 128GB dan juga 256GB.

Jika anda mengikuti perkembangan arena pemacu USB, terdapat sejumlah jenama pemacu USB 3.0 di pasaran pada hari ini, dan mungkin ramai tertanya apakah penawaran yang berbeza daripada SanDisk ini.

sandisk-128gb

Pihak SanDisk mengatakan untuk pemacu SanDisk Ultra Fit USB 3.0 dngan storan 128GB adalah pemacu USB paling kecil di dunia.


Dengan penggunaan USB 3.0, ia menawarkan pemindahan data sehingga 130MB/s menggunakannya sekaligus menjadikan ia lebih 10 kali ganda pantas berbanding USB 2.0 sebelum ini.

Untuk pemacu USB dengan storan 256GB pula, SanDisk melabelkan ia sebagai pemacu USB 3.0 pertama dengan ruangan storan sebesar itu, dan menawarkan kelajuan pemindahan data sehingga 100MB/s.

Kedua-dua pemacu ini hadir dengan jaminan sehingga lima tahun. SanDisk 128GB Ultra Fit USB 3.0 ditawarkan di Malaysia pada harga RM239, sementara SanDisk 256GB Ultra 3.0 ditawarkan pada harga RM439.-MYNEWSHUB.CC

Sumber: Slashgear

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori