Ketika orang terlantar sakit, kita akan mendoakan agar mereka cepat sembuh.
Namun, itu tindak tanduk orang yang sihat dan beradab.
Bagi yang ‘sewel’ dan kurang kasih sayang, mereka akan bertindak sebaliknya. Mereka akan menyebarkan fitnah.
Itulah yang berlaku dalam kes penyanyi yang terkenal dengan lagu Sonata Musim Salju, Hazami yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas disahkan mengidap penyakit Diverticular (komplikasi berkaitan usus).
Ketika beliau sedang berjuang melawan penyakit yang dihadapi, ada pula pihak tertentu yang menyebarkan cerita konon Hazami telah meninggal dunia!
Itulah yang kami dengar sejak malam tadi sehingga ada rakan wartawan yang meminta kepastian mengenai khabar berkenaan.
Alhamdulillah… setakat berita ini ditulis, penyanyi berkenaan masih berada bersama kita semua.
Memetik portal hiburan Nombor 1, Beautifulnara menjelaskan, Pengurus beliau, Aszuad Zakaria berkata, Hazami merasa terganggu apabila berita tersebut tersebar selepas menerima panggilan daripada beberapa pihak yang ingin mengetahui kesahihan berita itu.
Hazami juga telah meminta orang ramai tidak mempercayai khabar angin tersebut dan berharap agar tiada lagi menyebarkan berita berkenaan lagi selepas ini.
Malah, apa yang sedap telinga mendengar ialah Hazami sebenarnya sudah pun dibenarkan pulang ke rumah.
Menurut Aszuad, sebenarnya Hazami sudah dibenarkan pulang oleh doktor pada tengah hari Rabu (semalam) dan kini tinggal bersama ibunya di Gombak.
Untuk kita yang memiliki akal yang sihat, diharap terus mendoakan kesihatan Hazami… Amin. – MYNEWSHUB.CC