Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Demonic Attacks Real

Your composition should be plausible and not too hard to study. For the...

Mahkamah Hukum Mati 185...

KAHERAH – Seorang hakim Mesir menjatuhkan hukuman mati terhadap 185 penyokong gerakan Ikhwanul...

Nurul Alyani Dinobat Juara...

KUALA LUMPUR – Setelah tiga tahun mencuba akhirnya atlet pelapis negara, Nurul Alyani...

Bergambar Pegang Hujung Telefon...

JIKA sebelum ini mengambil gambar secara selfie dan duckface menjadi trend, kali ini...

Saran Bank Jadikan Diskaun Hutang Sebagai CSR

KUALA LUMPUR – Pihak bank disaran menjadikan amalan memberi diskaun bayaran hutang yang tinggi kepada peminjam sebagai salah satu daripada Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) institusi perbankan dalam negara.

Presidennya, Rosland Mohd. Arif berkata, pemberian diskaun bayaran hutang itu memudahkan orang ramai yang mempunyai hutang tertunggak menyelesaikan hutang mereka tanpa perlu membayar faedah tinggi yang dikenakan bank ke atas hutang tersebut.

Kata beliau, langkah itu juga mewujudkan situasi menang-menang untuk kedua-dua pihak kerana pihak bank menerima semula wang dipinjamkan manakala peminjam dapat mengelak daripada terjerumus dalam kancah kebankrapan.

“4PM membuat seruan ini kerana statistik sehingga Januari tahun ini menunjukkan jumlah yang bankrap kini mencecah 300,000 orang dan turut melibatkan golongan muda berusia bawah 23 tahun.

“Jika ini berterusan bermakna lebih ramai golongan muda negara boleh terjebak dalam kancak kebankrapan. Ini satu senario yang tidak sihat untuk masa depan negara. Bank boleh memainkan peranan yang besar dalam mendepani isu ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Rosland dalam pada itu berkata, beliau yakin kebanyakan peminjam bank berhasrat membayar hutang tetapi ada yang gagal berbuat demikian akibat mengalami masalah seperti kehilangan pekerjaan atau rugi dalam perniagaan.

Menurutnya, langkah bank menerima bayaran asal pinjaman sebagai penyelesaian penuh atau memberi diskaun tinggi ke atas jumlah hutang pasti membolehkan ramai peminjam seperti itu melunaskan hutang tertunggak mereka.


Katanya, hal itu terbukti kerana 4PM sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang agresif menjalankan usaha menyelamatkan individu dan pihak di ambang diisytiharkan muflis atau bankrap berjaya membantu ramai peminjam yang menghadapi dilemma tersebut.

Jelas beliau, peminjam yang mendapat diskaun tinggi dan cuma dikenakan bayaran balik yang rendah oleh bank hasil bantuan 4PM kini dapat menjalani kehidupan yang lebih baik selepas kedudukan kewangan mereka kembali stabil.

“4PM yang ditubuhkan sejak tahun 2013 telah membantu lebih 3,000 kes hutang tertunggak yang nyaris menyebabkan kebankrapan dan harta benda peminjam dilelong pihak bank melalui kaedah rundingan.

“Orang ramai yang berhasrat mendapatkan bantuan 4PM boleh menghubungi talian 03-238 67835/019-2531000/019-3971000/011-1331 3155 atau melayari laman web www.ppppmalaysia.weebly.com,” katanya. – mynewshub.cc

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori