Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PH Terdesak Fitnah Ramli...

SANGKAL... Calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd. Nor nafi bakal sertai Pakatan Harapan atau...

4 Maut Toyota Avanza...

JOHOR BAHRU - Empat maut manakala dua cedera ringan dalam kemalangan membabitkan sebuah...

“Kami Rela Mati Dirempuh...

GUA MUSANG - “Kami beramai-ramai rela mati dirempuh lori balak demi mempertahankan hak...

Gagal Kuasai Ekonomi, Bumiputera...

MELAKA - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kaum Bumiputera tidak...

Sarawak Perlu Tingkat Populasi Untuk Bantu Pembangunan – Jabu

MUKAH – Sarawak perlu meningkatkan jumlah populasinya bagi membantu pembangunan negeri itu yang dijangka berkembang pesat pada masa akan datang.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, jumlah populasi Sarawak kini hanya berjumlah 2.4 juta dan jelas masih belum mencukupi untuk membekalkan modal insan yang diperlukan.

“Diharapkan para ibu bapa yang masih sihat, jangan tutup dulu ‘kilang’ anda. Kita perlukan populasi yang lebih ramai untuk pembangunan negeri ini,” katanya sambil berseloroh semasa merasmikan Konvokesyen Ke-8 Politeknik Mukah di sini, Sabtu.

Dari segi pendidikan katanya, ibu bapa kini mempunyai banyak pilihan untuk menghantar anak-anak mereka mendapatkan pendidikan tinggi di negeri itu.

“Pendidikan tinggi khasnya dalam bidang berkemahiran tinggi mempunyai pasaran pekerjaan luas pada ketika ini.

“Perlaksanaan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) memerlukan tenaga kerja mahir yang ramai dan ini memberi peluang kepada pelajar Politeknik Mukah yang terletak dalam lingkungan kawasan pembangunan SCORE,” katanya.


Ini katanya, selari dengan agenda Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem yang memfokus kepada transformasi di kawasan luar bandar.

Beliau yang juga Menteri Pemodenan Pertanian dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sarawak turut memohon Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mempertimbangkan penubuhan Politeknik keempat di negeri itu.

Pada majlis berkenaan, sebanyak 494 graduan dalam bidang kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan mekanikal, bidang perdagangan serta teknologi maklumat dan komunikasi menerima Diploma masing-masing yang disampaikan Jabu. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori