BRISBANE – Seorang lelaki di Australia didenda A$5,700 (RM17,100) selepas ditangkap menyeludup seekor anak buaya air masin dalam butnya ketika dalam penerbangan dari Darwin ke Brisbane.
Lelaki berusia 35 tahun itu dikatakan membeli anak buaya tersebut di sebuah taman buaya di Wilayah Utara dan memasukkannya tersembunyi di dalam kasutnya sebelum menaiki pesawat baru-baru ini.
Dia akhirnya didakwa di Mahkamah Majistret Brisbane oleh Jabatan Alam Sekitar dan Perlindungan Warisan Queensland (EHP) kelmarin, lapor media tempatan.
Selain didenda A$5,700, lelaki berkenaan juga diarah membayar kos tambahan A$250 (RM750) selepas ditangkap bersama-sama buaya itu di Lapangan Terbang Brisbane.
Seorang jurucakap EFP berkata, pegawainya dan pihak polis berjaya menemui anak buaya berkenaan disorokkan dalam kotak kadbod di dalam but lelaki itu.
Buaya air masin boleh membesar sehingga tujuh meter dan berat sehingga 1,000 kilogram. – Agensi/myMetro Online