Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Akta Berkaitan Pensijilan Halal...

TANJUNG MALIM - Kerajaan akan meminda akta berkaitan pensijilan halal bagi mengelakkan berlaku...

TH Perlu Distruktur Semula...

KUALA LUMPUR – Penstrukturan kewangan dan pengurusan lembaga Tabung Haji (TH) mestilah kembali...

Misi Kedua Bantu Padam...

PETALING JAYA - Malaysia akan menghantar misi kedua bagi membantu memadam kebakaran di...

Brazil Tumpaskan Venezuela Tanpa...

SANTIAGO - Tanpa aksi Neymar, Brazil menewaskan Venezuela 2-1 pada perlawanan terakhir peringkat...

Sepetang Bersama Masyarakat Baba Nyonya

MELAKA – Program ‘Sepetang Bersama Masyarakat Baba dan Nyonya’ yang bertujuan memperlihat budaya masyarakat itu kepada orang ramai terutamanya generasi muda negara, akan diadakan pada Oktober atau November ini.

Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, program itu, yang akan diadakan di Kuala Lumpur, antara lain bakal mengimbau zaman lampau dan masa kini masyarakat Baba Nyonya termasuk memberi pemahaman budaya dan sejarah masyarakat itu.

“Saya juga galakkan penulis dan pelukis menghiasi petang itu…kita akan adakan pameran lukisan mengenai Baba Nyonya. Selain itu, kita cari mereka yang petah menyanyi Dondang Sayang dan berpantun.

“Muzium Baba Nyonya (di Melaka) juga akan memainkan peranan utama dalam memberikan cerita mengenai masyarakat itu (dalam program berkenaan),” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Muzium Baba Nyonya di Jalan Tun Tan Cheng Lock di sini bagi melihat sendiri budaya dan sejarah masyarakat itu di negeri ini selain membincangkan program berkenaan dengan keluarga berketurunan Baba Nyonya.


Rais berkata, budaya dan sejarah masyarakat itu adalah aset warisan negara yang perlu dipertahankan.

Katanya, persamaan budaya Baba Nyonya dengan budaya Melayu juga melambangkan keharmonian pelbagai kaum di negara ini.

Pihaknya, juga akan meninjau kehidupan masyarakat Baba Nyonya di Melaka, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Singapura dan Indonesia terutamanya dalam mempertahan warisan seperti pantun, Dondang Sayang dan pakaian Kebaya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori