LEBIH seribu pemuzik berkumpul dan bermain bersama-sama lagu Learn To Fly bagi menjemput kumpulan rock Foo Fighters untuk hadir ke Cesena, Itali.
Diulangi.. 1,000 pemuzik.. seribu!
Video yang dimuatnaik pada 30 Julai itu kini mendapat tontonan lebih 14 juta di saluran Youtube, sekaligus mencatat rekod antara video paling pantas berkembang di media sosial.
Menurut portal Spin.com, pemuzik-pemuzik yang menjayakan aksi bermain muzik secara serentak ini merupakan peminat tegar kumpulan Foo Fighters.
https://www.youtube.com/watch?&v=JozAmXo2bDE
Dikatakan sejak 1995, kumpulan Foo Fighters tidak mengadakan jelajah konsert mereka di Itali dan ini membuatkan Fabio Zaffagnini, seorang produser muzik di sana mencetuskan idea untuk menghimpun beberapa pemuzik bermain bersama.
“Mungkin video ini akan disaksikan oleh kebanyakan peminat Foo Fighters di seluruh dunia namun matlamat sebenar kami adalah untuk mendedikasikannya kepada lima anggota Foo Fighters iaitu Chris, Taylor, Nate, Pat, dan Dave Grohl.
“Apa yang kami lakukan hari ini adalah satu matlamat yang dikongsikan bersama dan segala usaha ini adalah hasil dari titik peluh seribu pemuzik yang datang dari seluruh negara atas perbelanjaan mereka sendiri,” ujarnya.
Jadi kami harapkan kepada Foo Fighters, datanglah bermain untuk kami!” kata Fabio di dalam video tersebut. – MYNEWSHUB.CC