Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kelayakan Piala Dunia 2022:...

JAKARTA - Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Imam Nahrawi hari ini secara terbuka...

SKMM, Polis Diminta Siasat...

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta untuk menyiasat...

Taman Tema Angry Bird...

Angry Bird sememangnya nama besar dalam dunia games.Popularitinya membuatkan produk dan barangan berimej Angry Bird...

Peruntukan RM23 Juta Ambil...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM23...

Setiap Anggota Polis Di Perlis Dinasihat Sentiasa Dampingi Masyarakat

KANGAR – Setiap anggota polis di negeri ini dinasihat sentiasa mendampingi masyarakat untuk memudahkan mereka menjalankan tugas terutama dalam usaha membendung jenayah.

Ketua Polis Perlis, SAC Shafie Ismail berkata, kerjasama masyarakat amat penting untuk memberi maklumat kepada pihak polis kerana masyarakat setempat lebih cepat mengetahui sesuatu kes yang berlaku di tempat mereka.

“Justeru saya berharap ketua-ketua polis daerah dan ketua-ketua polis balai sentiasa turun padang untuk mendampingi masyarakat sama ada secara rasmi atau tidak rasmi agar masyarakat yakin bahawa kita serius dalam menjaga keselamatan diri dan harta mereka,” ujarnya.

Shafie menyatakan demikian semasa berucap pada perhimpunan bulanan bagi bulan Ogos 2015 Polis Kontinjen Perlis di perkarangan pejabat kontinjen di sini hari ini.

Menurut beliau, walaupun indeks jenayah di Perlis merekodkan penurunan 20 peratus sejak 1 Januari hingga 31 Julai tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas, tetapi setiap anggota tidak harus berasa leka dan selesa.


“Bagi saya banyak perkara yang belum selesai dan di luar sana masyarakat masih bercakap tentang kebimbangan menjadi mangsa jenayah yang memerlukan perhatian lebih serius dari kita untuk mengurangkan kebimbangan mereka,” tambah beliau.

Pada majlis itu beliau memakaikan pangkat kepada tujuh anggota, memberi surat penghargaan kepada empat anggota yang mematahkan satu cubaan samun pada 13 Julai lalu dan surat penghargaan personaliti contoh kepada empat penerima. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori