Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tangan Membesar Dan Jari...

SEORANG remaja menghidap penyakit misteri hingga mengakibatkan tangannya membesar manakala jari-jarinya pula seperti...

Zunar Mula Meluat Dengan...

KARTUNIS penyokong kuat Pakatan Harapan (PH), Zunar mula menunjukkan kritikan terhadap Perdana Menteri...

Pelajar UiTM Harumkan Nama...

JAKARTA - Tiga mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengharumkan nama Malaysia di persada...

Nuraina Humaira Ditemui Mati...

SUNGAI SIPUT - Seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang ditemui mati di kawasan...

Siasatan RM2.6 Bilion Dan SRC International Masih Berjalan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih meneruskan siasatan ke atas SRC International dan dana RM2.6 bilion dalam akaun Perdana Menteri.

Suruhanjaya itu turut menafikan kenyataan beberapa pihak bahawa Ketua Pesurujayanya Tan Sri Abu Kassim Mohamed atau badan itu pernah mengeluarkan kenyataan kedua-dua siasatan berkenaan telah ditutup.

“Sehubungan itu SPRM menekankan, siasatan berkenaan kes SRC International Sdn Bhd dan dana RM2.6 bilion masih berjalan,” menurut SPRM dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

SRC International merupakan sebuah daripada anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebelum diambil alih oleh Kementerian Kewangan pada 2012.


Badan itu berharap “tidak ada mana-mana pihak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan orang ramai, dan membina persepsi negatif terhadap SPRM.”

SPRM dalam kenyataan itu juga, turut mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa “dana RM2.6 bilion adalah sumbangan derma daripada pihak penderma dari Timur Tengah dan bukannya dana 1MDB.” – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori