Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Dendam Dr. Mahathir Semakin...

KUALA LUMPUR - Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz...

Semua Pihak Perlu Jadi...

ALOR SETAR - Semua pihak perlu menjadi rakan strategik kepada Agensi Antidadah Kebangsaan...

Kim Swee Gantikan 6...

KUALA LUMPUR - Jurulatih sementara skuad Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee terpaksa...

Bekalan Air Di Selangor...

SHAH ALAM : Bekalan air di Selangor dikatakan mampu menampung keperluan kira-kira 6.5...

Siti Nurhaliza Rakam Lagu Tamil Ciptaan A.R. Rahman

PENYANYI tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza yang baru tampil dengan bingkisan album konsert Unplugged baru-baru ini, sekali lagi memberikan kejutan kepada peminat beliau apabila menampilkan sorotan video ketika merakamkan sebuah lagu.

Apa yang mengujakan, lagu tersebut bukanlah dalam bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris, tetapi dalam bahasa Tamil. Tak cukup dengan itu, pengguna laman sosial cukup tak sabar apabila mengetahui ia merupakan karya komposer terkenal India, A.R. Rahman.

GAMBAR: Terbaik! Siti Nurhaliza Beraya Rumah Bekas Isteri Datuk K

032_rahman

Siapa tak kenal komposer tersebut kan?

Tampil dengan barisan lagu-lagu yang cukup indah dalam filem-filem Bollywood dan Hollywood terkenal seperti dalam filem Lagaan, Taal, Slumdog Millionaire, 127 Hours dan The Hundred-Foot Journey, bakat A.R. Rahman sememangnya dikagumi.

Memetik kapsyen yang dimuat naik oleh pengurus yang juga kakak ipar Siti iaitu Rozi Abdul Razak, rakaman lagu itu dilakukan sempena satu program di Astro.

Nah, jom kita tengok macam mana Siti rakam lagu dalam bahasa Tamil. Pasti berbelit lidah nak sebut kan?


 

Melalui perkongsian di laman Instagram pula, Siti melahirkan rasa gembiranya dengan peluang diberikan oleh komposer tersebut.

Tulisnya dalam kapsyen pada salah satu video, “It’s an honour to sing your beautiful song @iamarrahman for International Superstars in Malaysia.” – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori